Menteri baru Sabah angkat sumpah jam 10 pagi

Menteri baru Sabah angkat sumpah jam 10 pagi

Menteri baru Sabah angkat sumpah jam 10 pagi. Majlis mengangkat sumpah untuk barisan baru kabinet Sabah akan diadakan di Kota Kinabalu hari ini.

Difahamkan istiadat tersebut akan dijalankan di Istana Seri Kinabalu pada jam 10 pagi.

Spekulasi bertiup kencang mendakwa Ketua Menteri Hajiji Noor akan melantik tiga menteri baru untuk menyertai kabinet negeri termasuk dua dari PH iaitu Christina Liew (Api-api) dan Frankie Poon (Tanjong Papat).

Turut disebut ialah Adun BN James Ratib (Sugut).

Menteri baru Sabah angkat sumpah jam 10 pagi

James merupakan seorang daripada lima Adun Umno yang tidak menyertai langkah Pengerusi Umno-BN Sabah Bung Moktar Radin yang menarik balik sokongan mereka terhadap Hajiji.

Sementara itu, seorang Adun Sabah yang enggan didedahkan identitinya mengesahkan majlis angkat sumpah memang akan berlangsung esok, namun dia sendiri masih menunggu jemputan rasmi untuk hadir.

Pejabat Hajiji pada 6 Jan lalu mengumumkan mengenai hasrat ketua menteri untuk merombak kabinetnya. Kenyataan itu dibuat ketika negeri terbabit berdepan kemelut politik dan cubaan menggulingkan Hajiji susulan pertelingkahan dia dan Bung Moktar yang juga timbalannya ketua menteri.

Perubahan dalam susunan tempat duduk semasa sidang khas DUN hari ini mencetuskan lagi spekulasi bahawa Bung Moktar akan dipecat dari kabinet negeri.

Pun begitu Speaker DUN Sabah Kadzim M Yahya berkata susunan baru itu hanya bersifat sementara supaya dewan dewan tidak kelihatan “kosong”.

Perubahan itu menyaksikan Bung Moktar dan beberapa anggota kabinet dari BN berpindah dari barisan kerajaan ke blok pembangkang.

Sementara itu, Adun PH pula telah dipindahkan ke barisan pelapis di sebelah pihak kerajaan.

Dalam perkembangan sama sumber memberitahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim cuba untuk mendamaikan Hajiji dengan Bung Moktar namun dilaporkan Hajiji tidak berminat.

Baca Lagi:
Ini syarat utama kalau nak kerja di pasaraya Sabasun, – Patutlah makin maju
“Tak ku sangka, tak ku duga”, jiran minta hantar makanan, aku terkejut tengok ada lelaki lain bersama isteri dia dalam rumah
Jutawan mengamuk keluarkan semua duit simpanan selepas ditegur pegawai bank

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *