Menang cabutan bertuah ‘Choii’ di Terengganu, lelaki mahu masukkan duit RM310k ke dalam akaun ‘awek’, sekali ini yang jadi

Menang cabutan bertuah ‘Choii’ di Terengganu, lelaki mahu masukkan duit RM310k ke dalam akaun ‘awek’, sekali ini yang jadi

Menang cabutan bertuah ‘Choii’ di Terengganu, lelaki mahu masukkan duit RM310k ke dalam akaun ‘awek’, sekali ini yang jadi. Tular di media sosial seorang pemuda menang cabutan bertuah berupa sebuah kereta di majlis Jom Santai Food Festival di Terengganu bersama jenama pakaian tempatan, Choii.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, @hermanali87 telah memuat naik satu video memaparkan pemuda berkenaan yang telah memenangi hadiah Nissan GT-R R35.

Pemuda menang cabutan bertuah RM130K

Menang cabutan bertuah 'Choii' di Terengganu, lelaki mahu masukkan duit RM310k ke dalam akaun 'awek', sekali ini yang jadi

Bagaimanapun, pemuda berkenaan memilih untuk menukar hadiah berkenaan dengan wang tunai dan kereta berkenaan telah dibuka untuk bidaan.

Selepas dibida beberapa kali, akhirnya kereta keluaran tahun 2009 itu berjaya dibida oleh seorang lelaki dengan harga RM310,000.

Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pengacara majlis itu yang juga merupakan pemilik jenama Choii, Faris Azri, lelaki yang memenangi bidaan itu perlu membuat pembayaran bidaan itu di atas pentas.

Namun apa yang mengejutkan, pemuda berkenaan meminta agar hasil bidaan keretanya itu dimasukkan ke akaun bank kekasihnya yang turut berada di majlis berkenaan.

“Ada akaun bank? Takkan akaun bank tak ingat. Akaun bank teman wanita kamu? Panggil dia naik ke atas,” kata Faris.

Bagaimanapun, pengacara bersama iaitu pelawak Achey kurang bersetuju dengan tindakan pemuda berkenaan yang mahu memasukkan wang kemenangan itu di akaun bank teman wanitanya.

“Habis! Girlfriend kau, habis!” kata Achey.

Dalam pada itu, pemuda berkenaan turut menyatakan dia akan berkahwin dengan teman wanitanya itu dalam masa berdekatan.

Pemuda menang cabutan bertuah RM310K tapi nak masuk duit dalam akaun ‘awek’

Pun begitu, Achey tetap memberikan peringatan kepada pemuda berkenaan untuk berhati-hati dan memikirkan tindakannya itu terlebih dahulu.

“Saya nak ingatkan, duit berada di dalam akaun dia. Awak kena hati-hati, benda ni saya nak awak fikir awal-awal.
“Benda ni tak boleh buat main,” kata Achey.

Selepas berkata begitu, orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan turut bersorak melarang pemuda itu memasukkan wang tersebut ke akaun teman wanitanya.

Tak boleh, kena pasang telefon. Kena masukkan ke akaun personal awak,” kata Faris.

Manakala Achey turut berkata dia tidak membenarkan wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun teman wanitanya namun akan memberi kebenaran ke akaun keluarga.

Akhirnya, perkara itu berjaya diselesaikan dengan bantuan krew acara yang terpaksa memberikan ‘powerbank’ kepada pemuda itu agar telefon bimbitnya dapat dihidupkan.

@hermanali87Rezeki dak 22 tahun menang Rm310k

♬ original sound – Bos eman

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bengang dengan tindakan pemuda berkenaan kerana terlalu mempercayai teman wanitanya.

Menang cabutan bertuah 'Choii' di Terengganu, lelaki mahu masukkan duit RM310k ke dalam akaun 'awek', sekali ini yang jadi

Menang cabutan bertuah 'Choii' di Terengganu, lelaki mahu masukkan duit RM310k ke dalam akaun 'awek', sekali ini yang jadi

Menang cabutan bertuah 'Choii' di Terengganu, lelaki mahu masukkan duit RM310k ke dalam akaun 'awek', sekali ini yang jadi

Menang cabutan bertuah 'Choii' di Terengganu, lelaki mahu masukkan duit RM310k ke dalam akaun 'awek', sekali ini yang jadi

Menang cabutan bertuah 'Choii' di Terengganu, lelaki mahu masukkan duit RM310k ke dalam akaun 'awek', sekali ini yang jadi

Menang cabutan bertuah 'Choii' di Terengganu, lelaki mahu masukkan duit RM310k ke dalam akaun 'awek', sekali ini yang jadi

Nasib baik Achey tak bagi! Nak masuk ke akaun teman wanita, esok-esok hilang.

Baca Lagi:
Isteri kena rogol 8 lelaki India depan suami, kerajaan bagi pampasan RM57,000
Baru tahu kenapa disarankan makan kurma secara ganjil
Hujung bulan mesti duit kering, ini 6 cara ‘sorok’ duit gaji supaya hujung bulan boleh senyum lebar
CATEGORIES