Member selalu nak pinjam duit?, ini yang perlu anda lakukan – Semoga berjaya

Member selalu nak pinjam duit?, ini yang perlu anda lakukan - Semoga berjaya

Member selalu nak pinjam duit?, ini yang perlu anda lakukan – Semoga berjaya. Bab duit ni bukan benda yang boleh dibuat main, ada yang sampai bertikam lidah, tak bertegur selama bertahun dan mungkin boleh putus silaturrahim. Bercakap mengenainya, mesti ramai kan yang ada pengalaman member minta pinjam duit?

Tak bagi serba salah tapi nak bagi takut duit tu lambat dapat balik pula, kalau kita ada duit lebih takpalah juga, ni duit pun cukup-cukup je sehingga hujung bulan. Kadang tu ada yang sampai terpaksa ikat perut kutip syiling, tapi si peminjam pula boleh melancong sana sini.

Sebab tu lah, ada orang yang susah nak pinjamkan duit melainkan jumlah yang sanggup dihalalkannya. Bukan apa, daripada ikhlas nak tolong boleh jadi tak ikhlas pula bila nampak member minum kopi mahal tapi hutang tak bayar-bayar lagi.

Jadi kali ni, SK akan bantu korang bagi alasan kalau ada member yang kerap meminjam tapi jenis tak bersungguh nak bayar balik.

Member selalu nak pinjam duit?, ini yang perlu anda lakukan - Semoga berjaya

1. Belum gaji

Ini alasan paling mudah sekali korang boleh bagi pada orang yang nak pinjam duit tu. Tetapi kalau dia minta betul-betul pada hari gaji korang, pandai-pandailah cakap gaji bulan ni masuk lambat.

2. Nak servis kereta, nak bayar insuran kenderaan

Member selalu nak pinjam duit?, ini yang perlu anda lakukan - Semoga berjaya

Alasan ini mungkin salah satu yang paling berkesan kerana nak servis kereta atau nak bayar insuran memerlukan jumlah duit yang banyak. Jadi, korang boleh bagitahu dekat kawan-kawan bahawa duit korang cukup-cukup je sebab nak bayar dua benda tu.

3. Mak ayah/famili nak guna duit kat kampung

Salah satu alasan yang nampak logik dan mungkin dipercayai adalah dengan mengatakan bahawa ibu atau keluarga korang nak guna duit. Jadi, tak boleh bagi pinjam dekat kawan korang tu, kena utamakan keluarga dulu.

4. Bulan ni banyak pakai duit

Korang juga boleh guna alasan bulan ini banyak kena guna duit dan banyak komitmen yang nak kena bayar. Lagi-lagi bila korang dah kahwin, boleh cakap nak guna duit itu untuk isteri dan anak-anak. Harap-harap kawan korang tu akan faham la.

5. Baik pinjam kat MBSB Bank

Selain semua alasan kat atas tu, korang juga boleh syorkan kepada kawan korang untuk pinjam duit di MBSB Bank. Kenapa pula nak pinjam duit kat sini? Haa kalau nak tahu, mari tengok kat bawah ni.

Tak perlu penjamin

Bukan semua orang sanggup nak jadi penjamin. Besar risikonya. Silap haribulan boleh bergaduh sesama sendiri terutama bila peminjam tak mahu bayar hutang dan penjamin yang dikejar bank. Disebabkan risiko-risiko inilah ramai yang berat hati untuk menjadi penjamin.

Tapi kalau di MBSB Bank, korang tak perlu lagi ada penjamin kalau nak mohon Pembiayaan Peribadi-i MBSB Bank iaitu Afdhal-i dan Mumtaz-i. Bila tak perlukan penjamin, proses untuk mendapatkan pembiayaan akan menjadi lebih mudah dan cepat.

Bukan itu sahaja, korang boleh membuat pinjaman sehingga RM250,000 bagi Mumtaz-i dan RM400,000 bagi Afdhal-i. Adik-adik yang baru berusia 19 tahun pun boleh mohon tau, asalkan cukup syarat lain yang ditetapkan.

Boleh mohon online je

Biasanya, kita perlu bertemu pegawai bank secara bersemuka jika ingin membuat permohonan pembiayaan. Tapi kalau nak mohon pembiayaan daripada MBSB Bank ni, korang boleh buat secara atas talian je melalui M JOURNEY Virtual Branch.

Tak perlulah berulang-alik ke bank setiap kali tak cukup dokumen sokongan.

Kelebihan M JOURNEY

Member selalu nak pinjam duit?, ini yang perlu anda lakukan - Semoga berjaya

Selain melakukan permohonan pembiayaan, korang juga boleh mengaktifkan kad debit, membuka Akaun Simpanan-i atau Semasa-i dan pengesanan portfolio. Segalanya hanya dilakukan di hujung jari sahaja.

Jadi MBSB Bank ini pelan terbaik untuk korang atau kawan-kawan korang yang ingin meminjam duit tanpa perlu bersusah payah.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web MBSB Bank dan M JOURNEY Virtual Branch.

Baca Lagi:
Pemuda Amerika datang Malaysia jual nasi lemak laku keras, siap kongsi resipi lagi supaya sambal jadi lemak
Banyak manfaat boleh dapat dari kisah hidup Safiey llias, “dahlah SPM perform, bisnes perform.” Tapi sayangnya…
3 tahun tak bagi nafkah, Isteri terkejut jumpa suami sendiri di aplikasi cari jodoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *