Ibu tunggal didenda RM12,000 campak bayi dalam longkang

Ibu tunggal didenda RM12,000 campak bayi dalam longkang

Ibu tunggal didenda RM12,000 campak bayi dalam longkang. Ibu tunggal didenda RM12,000 berserta bon berkelakuan baik bernilai RM5,000 selama dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas kesalahan cuba mencampakkan anaknya ke longkang dan melompat daripada motosikal bersama mangsa hingga cedera, Julai tahun lalu.

Hakim Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Sharifah Norain Mohamad Zali, 33, yang menukar pengakuan kepada bersalah terhadap dua pertuduhan pindaan pada sebutan kes berkenaan, hari ini.

Beliau menjatuhkan hukuman denda RM6,000 bagi setiap pertuduhan atau tiga tahun penjara jika gagal bayar serta bon berkelakuan baik sebanyak RM5,000 tanpa cagaran selama dua tahun.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Sharifah Norain sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak perempuan, didapati menyebabkan penama mungkin mengalami kecederaan fizikal apabila cuba mencampakkannya ke dalam longkang.

Ibu tunggal didenda RM12,000 campak bayi dalam longkang

Bagi pertuduhan pindaan kedua, dia didakwa mendedahkan anaknya itu kepada kecederaan dengan cara melompat dari motosikal ke atas jalan raya bersama-samanya penama.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan antara jam 8.40 malam hingga 9.40 malam di Jalan Pandan, Taman Pandan Maju dalam daerah Melaka Tengah pada 13 Julai tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum berpandukan Seksyen 31(1) akta sama, memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Sebagai tambahan hukuman jika disabitkan hendaklah menyempurnakan bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh dengan apa-apa syarat yang difikirkan perlu oleh mahkamah.

Mengikut fakta kes pada hari kejadian berlaku pergaduhan antara tertuduh dengan mak ciknya sebelum dia dilihat berada di Jambatan Panglima Awang dan cuba untuk membaling anaknya berusia lingkungan satu tahun ke dalam sungai.

Mak ciknya kemudian menghubungi polis yang menghantar pasukan ‘task force’ untuk memberikan bantuan, namun tertuduh melarikan diri ke Jalan Pandan sekitar jam 9 malam.

Ketika didekati polis, tertuduh menjerit ‘korang jangan dekat, kalau korang dekat aku campak budak ni ke dalam longkang’ sambil tangannya menggantung anaknya dan cuba melepaskannya ke dalam longkang.

Terdahulu, peguam Goh Chin Han merayu tertuduh dikenakan denda ringan atas alasan ketika kejadian ibu kepada enam anak berusia empat hingga 15 tahun itu mengalami kemurungan kerana tiada pekerjaan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, semua anak terbabit dijaga oleh tertuduh dan bekas suami selain dia juga sudah insaf sejak berada dalam tahanan selama tujuh bulan sebelum dijamin keluar dan memulakan kehidupan baharu dengan bekerja sebagai pembantu pasar.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal berhujah, tertuduh tidak sepatutnya mengambil jalan mudah dengan menjadikan kemurungan sebagai alasan kerana mempunyai pengalaman menjaga lima anaknya yang lain apatah lagi mangsa baru berusia kurang dua tahun.

“Jika benar berdepan tekanan, tertuduh sepatutnya mendapatkan bantuan daripada agensi berkaitan.

“Oleh itu pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya.

Baca Lagi:
‘Duit menantu sendiri suka anggap duit dia juga’ – Muhasabah diri makcik
Member selalu nak pinjam duit?, ini yang perlu anda lakukan – Semoga berjaya
Influencer buat ‘food review’, netizen minta senaraikan list makanan sebab tengok google banyak yang ada ‘pork’
CATEGORIES