Memalukan! Di luar negara, orang guna ‘water removal tool’ Di Malaysia, guna penyodok sampah penyodok sampah tolak air bertakung

FU c9CzagAESO K e1655019858995

Memalukan! Di luar negara, orang guna ‘water removal tool’ Di Malaysia, guna penyodok sampah penyodok sampah tolak air bertakung.

Maruah Malaysia sebagai tuan rumah Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 tercalar malam ini.

Belum pun sepak mula aksi Harimau Malaya menentang Bahrain dimulakan, Malaysia menerima tamparan hebat apabila para petugas Stadium Nasional Bukit Jalil menggunakan penyodok sampah dan kertas keras menolak air hujan yang bertakung di atas padang.

Situasi itu sebenarnya memalukan ketika seharusnya jentera menolak air boleh digunakan seperti mana dipraktikkan oleh kebanyakan stadium di seluruh dunia.

Memalukan! Di luar negara, orang guna 'water removal tool' Di Malaysia, guna penyodok sampah penyodok sampah tolak air bertakung

Stadium Nasional Bukit Jalil dilabel antara venue tercantik dan termoden di rantau ini, namun kemudahan teknikal yang terdapat di stadium itu amat menyedihkan.

Para peminat bolasepak pasti tidak menyangka untuk menyaksikan petugas stadium yang terpaksa menggunakan penyodok sampah dan kertas putih keras yang biasanya digunakan menyapu sampah sebaliknya digunakan untuk membuang air yang bertakung di atas permukaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Situasi ini pastinya mengambil tempoh masa agak lama berbanding jika menggunakan jentera atau mesin menolak air yang lebih pantas dan efektif.

Hujan lebat yang turun selama sejam menyaksikan permukaan padang bertakung dan memerlukan masa untuk menunggu air surut.

Baca lagi: 

“Jumpa dekat akhirat nanti ya” lelaki pertikai siapa buat prosedur nikah di Malaysia macam ni

“Ada yang cakap saya pergi menggatal” – ‘Kembar’ Siti Sarah beri penjelasan selepas dikecam

Wanita dedah duit RM14,360 kena curi dalam bank tanpa TAC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *