Mayat tidak dijumpai, 3 sahabat kekal ke tali gantung

502887 e1649975411477

Mayat tidak dijumpai, 3 sahabat kekal ke tali gantung.

Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas tiga sahabat atas kesalahan membunuh seorang lelaki yang mayatnya sehingga kini tidak dijumpai.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah, sebulat suara menolak rayuan Mohd Zulhiami Md Darus, 36, Siti Nor Asiah Abdul Wahab, 31, dan Muhammad Rahmat Nazarudin, 28, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 Oktober 2019, yang menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka.

Mayat tidak dijumpai, 3 sahabat kekal ke tali gantung

“Kami dapati sabitan hakim (Mahkamah Tinggi) adalah selamat berdasarkan keseluruhan keterangan, oleh itu rayuan perayu-perayu ditolak dan sabitan dikekalkan,” kata Hanipah yang bersidang bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan.

Mohd Zulhiami dan Siti Nor Asiah didakwa bersubahat bersama Muhammad Rahmat untuk membunuh Mohammad Fairul Haqimmie, di sebuah apartmen di Jalan Dato Yusof Shahbudin 3 Taman Sentosa Klang, antara 12.30 tengah malam hingga 1 pagi, 30 Ogos 2016.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Muhammad Rahmat pula didakwa membunuh Mohammad Fairul Haqimmie pada 4 pagi di lokasi dan hari sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar manakala peguam Datuk Hanif Hassan mewakili Mohd Zulhiami, peguam Ahmad Ishrakh Saad mewakili Siti Nor Asiah dan Muhammad Rahmat diwakili peguam Gabriel Susayan.

Terdahulu, Gabriel dalam hujahannya berkata, tiada seorang saksi yang memberi keterangan di mahkamah melihat Muhammad Rahmat berada di tempat kejadian iaitu di apartment teman lelaki Siti Nor Asiah yang dikenali sebagai Zarul iaitu saksi pendakwaan ketujuh.

Peguam itu juga berhujah bahawa hakim bicara (Mahkamah Tinggi) telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal mempertimbangkan bahawa Zarul adalah rakan sejenayah.

“Saksi pendakwaan ketujuh adalah rakan sejenayah kerana dalam keterangannya menyatakan bahawa kejadian itu berlaku di rumahnya dan dia telah membantu menggulung mayat si mati dengan tilam dan membuangnya ke dalam sungai,” katanya.

Mohd Mukhzany berhujah bahawa Zarul bukan rakan sejenayah kerana tiada langsung fakta daripada pihak pembelaan yang membuktikan dia memukul mangsa dan lelaki itu merupakan saksi yang nampak si mati dipukul oleh Muhammad Rahmat.

Baca Lagi:

Ramai yang tertanya-tanya, akhirnya rahsia kejayaan Chef Ammar kini didedahkan

Bella dipaksa makan 1,280 biji cili padi

Mee lauk sotong viral RM30 penuh dengan ulat dibazar Ramadan Putrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *