Matahari tepat di atas Kaabah, boleh semak arah kiblat di rumah masing-masing Sabtu ni

Matahari tepat di atas Kaabah, boleh semak arah kiblat di rumah masing-masing Sabtu ni

Matahari tepat di atas Kaabah, boleh semak arah kiblat di rumah masing-masing Sabtu ni.

Sebagai seorang Muslim, wajib bagi untuk kita melaksanakan tuntutan yang satu iaitu solat. Ia merupakan tiang agama bagi individu beragama Islam.

Matahari tepat di atas Kaabah, boleh semak arah kiblat di rumah masing-masing Sabtu ni

Malah, penentuan arah kiblat melalui fenomena Istiwa A’zam ini adalah peluang terbaik untuk kita menyemak adakah arah kiblat kita di rumah sendiri selama ini tepat atau tidak.

Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi menerusi satu ciapan di Twitter @officialmosti mengumumkan bahawa pada hari Sabtu (28 Mei 2022) pada jam 5:18 petang, matahari akan berada tepat di atas bandar Mekah.

Ia merupakan terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.

Pada ketika itu, bayang-bayang sinaran matahari bagi kesemua objek tegak yang ada di permukaan bumi akan menghala ke arah Kaabah.

Fenomena ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk menentu atau mengesahkan arah kiblat secara semulajadi. Jadi, jangan lepaskan peluang semak arah kiblat dirumah masing-masing!

Baca Lagi:

Tular foto Najib bersama perempuan didakwa isteri keduanya, Najib dan Rosmah buat laporan polis

Anda boleh kena saman jika menternak ayam dirumah sendiri

Akhirnya terbongkar punca sebenar KL banjir besar, DBKL jumpa sesuatu dalam longkang

CATEGORIES
TAGS