Masjid di AS mesra pengunjung, tak perlu booster…siap boleh main PS4 lagi.

FAB07CA9 E22B 4511 84A7 6A5B1182D0D5

Masjid di AS mesra pengunjung, tak perlu booster…siap boleh main PS4 lagi. Ketika heboh isu masuk masjid yang memerlukan syarat suntikan dos penggalak di semua masjid di Selangor bagi menunaikan solat Jumaat, lain pula ceritanya di Amerika Syarikat yang kelihatan lebih mesra pengunjung.

Sebuah masjid di Delaware menyediakan kemudahan bersantai kepada pengunjung khususnya golongan kanak-kanak.

Dalam ciapan Twitter yang dimuat naik oleh Saif Suhairi, kelihatan kanak-kanak dan golongan dewasa bermain ping pong dan alat permainan konsol popular, PS4.

Katanya, cara itu dilihat sebagai satu tarikan supaya kanak-kanak gemar berkunjung ke masjid.

“Terkejut tak lihat masjid di AS begini?

“Tadi kawan dari Malaysia datang dan dia terkejut kanak-kanak main macam-macam dalam masjid,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai komen dan reaksi daripada warga maya.

Seorang pengguna media sosial, @fitalasi turut bersetuju dengan perkara tersebut.

Katanya, ketika membesar di Raleigh, Carolina Utara, masjid sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti.

“Hujung minggu pihak masjid buat bazar atau pasar ahad.

“Budak-budak bebas berlari dan bermain dengan kawan-kawan mereka. Lebih baik anak kita meluangkan masa di masjid dari di luar,” katanya.

Baca lagi: 

Ramai yang tak tahu dengan ‘Meter Minyak E’ berapa kilometer anda boleh pergi

Guru pondok dibunuh, gara-gara rampas telefon pelajar umur 15 tahun

Tidak tepati janji, penduduk marah ikat datuk bandar di pokok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *