Madrasah maha zalim, mangsa dedah 20 jenis penderaan dilakukan, no 18 dah melampau!

Madrasah maha zalim, mangsa dedah 20 jenis penderaan dilakukan, no 18 dah melampau!

Madrasah Maha Zalim. Adik saya mengalami gangguan, Dapat tahu daripada seorang kenalan ada sebuah madrasah yang bernama madrasah as-solihin di Shah Alam, Jalan Kebun ini boleh merawat. Jadi kami sekeluarga menghantar adik ke sana.

Syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak madrasah, kami tidak dibenarkan melawat adik dalam tempoh 4 bulan pertama. Disebabkan itu, pak cik saya mula mendekatkan diri dengann pihak madrasah dengan menyalurkan sumbangan. Dengan cara ini dia dapat juga melawat adik saya.

Kami tidak mengesyaki apa2 sehingga laa pada hari jadi adik saya, keluarga saya ada menghantar kek dan makanan untuk semua penghuni madrasah 150 orang ketika itu. Kami amat terkejut melihat keadaan adik yang kurus susut badan dan hitam rentung, seperti kena jemur tengah panas terik.

Kami dah mula rasa tak sedap hati. Pada awal muharam kami menghantar lagi sumbangan makanan dengan harapan dapat berjumpa dengan adik saya. Tetapi warden tidak membenarkan dengan alasan kitaorang ni menganggu rawatan adik saya.

Minggu berikut nya pergi lagi berkeras nak berjumpa dengan adik. Mereka benarkan tetapi warden mengelilingi adik kerana nak dengar ape yang adik saya bakal cakap. Mak saya tarik adik saya ke kereta tetapi warden tersebut masih nak ikut berdekatan.

Madrasah maha zalim, mangsa dedah 20 jenis penderaan dilakukan, no 18 dah melampau!

Mak saya berbisik cakap mereka ade pukul tak adik saya hanya mengangguk kepalanya. Selang beberapa minggu kami pergi lagi ke sana tapi kali ini dengan hasrat nak keluarkan adik saya.

Mereka tidak membenarkan adik saya dikeluarkan, mereka meminta pampasan sebanyak RM 11,970 untuk keluarkan kerana kami dah langgar perjanjian. Kami membuat laporan polis, polis peronda datang pada malam tu tapi kata tidak boleh berbuat apa kerana perjanjian yang telah ditandatangani.

Walaupun perjanjian itu bukan satu document yang valid. Tiada cop yang mengatakan document ini merupakan document yang legitimate, selang beberapa hari kami datang semula ke madrasah, sebelum memasuki madrasah itu, kami tunggu di satu simpang. Kehadiran kami diketahui pihak madrasah.

Mereka telah cuba untuk membawa adik saya memasuki kereta dan bawa lari tetapi gagal kerana adik saya telah memanggil mak saya yang baru tiba di perkarangan madrasah tersebut. Jadi kami pergi mengililingi adik saya dah dan ustaz menyuruh kita masuk untuk berbincang.

Keadaan jadi kecoh sewaktu kami ingin membawa adik saya ke balai polis mengunakan kenderaan kami. mereka berkeras untuk bawak adik saya sampai meyebabkan pengelutan.

Ini apa yang telah terjadi sewaktu berbincangan tersebut yang menjadi huru hara. Abang saya di tumbuk. mereka menutup pintu keluar dan halang dengan kereta hilux. Salah seorang pelatih disitu cuba untuk memecahkan lampu untuk menggelapkan dan menghuru hara kan lagi keadaan supaya kami tidak boleh merakam. Terdapat 3 lampu, pelatih tersebut telah memadamkan 2 lampu dan kami berjaya menghalang pelatih untuk meneruskan tindakannya.

Mereka telah memanggil semua pelatih dan warden kira-kira 50 org mereka ada disitu untuk kepong dan menghalang kami membawa adik saya keluar dari tempat tersebut.

Abang saya telah ditumbuk dan saya stop record untuk meleraikan. Mereka terlalu ramai dan kami tidak mampu membalas serangan mereka. Selepas itu, setiausaha madrasah ini datang untuk menegakkan benang yang basah.

Tiba sahaja di IPD Shah Alam, kami membuat laporan polis. Adik dan mak saya dipanggil untuk memberi keterangan. Polis membenarkan adik saya dibawa pulang bersama ahli keluarga kerana madarasah tidak mempunyai hak untuk menahan adik saya.

Selepas adik saya yakin bahawa dia dah selamat baru dia ceritakkan pengalamannya di dera dan di buli di dalam sana . Antara jenis kecederaan dan penderaan yang saya alami adalah seperti berikut:-

1.Jari kaki disepit menggunakan jerujuk besi, Jari tangan disepit menggunakan penyepit besi . Jari kaki disepit menggunakan buluh oleh warden. Ada pelajar kat situ sampai terberak kerana tak tahan dikepit dgn besi jerujuk buat rumah.

2.Kepala dipukul dengan menggunakan besi (spanar).

3.Kepala dipijak dan dihentak ke bucu lantai.

4.Dikurung di dalam bilik gelap dan dipukul dengan teruk.

5.Ditumbuk bawah rahang sehingga tidak boleh membuka mulut.

6.Diarah berjalan dalam kawasan madrasah pada jam 2 ke 3 pagi sehingga berpeluh.

7.Dirotan ditapak kaki.

8.Hidung ditumbuk hingga berdarah.

9.Dipukul dengan menggunakan paip hose di bahagian belakang dan lain-lain anggota badan.

10.Dipukul sehingga patah batang mop.

11.Menarik bahagian zakar dan telur sehingga senak.

12.Menyuruh memegang zakar orang lain.

13.Kad pengenalan dalam simpanan madrasah. (Ibu telah mendapatkan semula selepas 3 hari keluar dari madrasah)

14.Diperlakukan seperti hamba dan keluarga ustaz umpama raja itu yang ditanam dalam kepala warga madrasah.

15.Diberi makanan dan minuman yang dicurigai, supaya menjadi lemah. Antaranya tembakau yang direndam dgn air, mereka ingat kopi dan disuruh minum, terbakar dada pedih yang amat.

16.Membuang air besar di dalam plastik.

17.Diberi makan cili padi dan garam, disumbat penuh di dalam mulut, Diarah berdiri di dalam panas terik sehingga berjam lamanya

18.Gangguan seksual dengan memasukkan tangan di dalam seluar

19.Berlari di atas batu sehingga pecah tumit kaki

20.Kena mandi dalam parit beramai2.

CATEGORIES