Lelaki tertusuk paku panjang di kepala, netizen tuduh ‘pontianak’ zaman moden

Lelaki tertusuk paku panjang di kepala, netizen tuduh ‘pontianak’ zaman moden

Lelaki tertusuk paku panjang di kepala, netizen tuduh ‘pontianak’ zaman moden. Sebuah gambar seorang pesakit dengan paku dikepala tular di media sosial hari ini. Gambar itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang juga bertugas sebagai doktor di bahagian pakar neurosurgery atau pembedahan saraf.

Doktor bernama Oren Gottfried yang bertugas di Duke University Neurosurgeon telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang pesakit dengan luka di bahagian kepala.

Pada gambar pertama, kelihatan sebatang paku yang tersusuk kemas ke dalam kepala pesakit tersebut. Namun pada gambar kedua dan seterusnya kelihatan gambar yang diambil menggunakan teknik x-ray, di mana kelihatan sebatang paku sepanjang jari telunjuk menjunam ke dalam kepala pesakit tersebut.

Lelaki tertusuk paku panjang di kepala, netizen tuduh 'pontianak' zaman moden

Sejak dimuat naik pada 12 November lalu, ciapan tersebut telah menarik lebih 300 komen dan lebih 14,000 tanda suka. Di bahagian komen pula dibanjiri oleh pengguna dari pelbagai negara. Sebahagiannya sempat bergurau dan sebahagian komen lagi seolah terkejut dengan apa yang terjadi kepada pesakit tersebut.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah komen pengguna maya yang datang dari penduduk Nusantara, terutamanya yang dari Malaysia dan Indonesia.

Kebanyakan pengguna maya dari dua negara ini menyamakan kejadian yang berlaku ke atas pesakit tersebut seperti apa yang diceritakan dari kisah lagenda hantu pontianak.

Mengikut kepercayaan kedua negara, jika paku itu dicabut, ia akan mengubah seorang manusia itu menjadi seekor pontianak. Ada juga yang percaya bahawa jika mahu mengubah seekor pontianak menjadi seorang wanita yang cantik jelita, sebatang paku haruslah di ketuk di bahagian belakang kepalanya.

Baca Lagi:
Zul Huzaimy minta maaf selepas tular video mahu ‘sembelih’ orang bukan islam
Tular calon PRU15 muat naik gambar kertas undi pos
Zul Huzaimy mahu ‘sembelih’ kapir harbi
CATEGORIES