Lelaki ini ajar cara buat duit RM100 sehari dengan platform ChatGPT

Lelaki ini ajar cara buat duit RM100 sehari dengan platform ChatGPT

Lelaki ini ajar cara buat duit RM100 sehari dengan platform ChatGPT. ChatGPT kini menjadi bualan hangat di internet kerana sangat bijak dalam menjawab sebarang persoalan yang dilontarkan. Selain menjadi platform pertanyaan ramai, ada yang melihatnya sebagai peluang menjana pendapatan sampingan.

Menerusi akaun TikTok @coachwenghonn, beliau berkongsi cara mudah menjana pendapatan RM100 sehari dengan menggunakan platform ChatGPT tersebut. Dengan berbekalkan internet dan ChatGPT, beliau menerangkan para pengguna bakal dibayar menerusi pautan affiliate yang diwujudkan.

Lelaki ini ajar cara buat duit RM100 sehari dengan platform ChatGPT

Cara mudah jana RM100 sehari dengan ChatGPT

1. Pertama sekali, kunjungi ke portal digistore dan klik pada menu Marketplace.

Lelaki ini ajar cara buat duit RM100 sehari dengan platform ChatGPT

2. Kemudian, pilih mana-mana segmen produk yang anda minat untuk menjual. Sebagai contoh di dalam video, beliau memilih keto meal sebagai pilihan produk jualan

Lelaki ini ajar cara buat duit RM100 sehari dengan platform ChatGPT

3. Seterusnya, layari laman ChatGPT dan masukkan kata kunci berkenaan tips atau maklumat berkaitan produk dalam bentuk artikel. Seperti di dalam video, beliau telah meminta ChatGPT untuk menyediakan artikel berkaitan tips keto diet.

Lelaki ini ajar cara buat duit RM100 sehari dengan platform ChatGPT

4. Salin keseluruhan teks artikel yang disediakan oleh ChatGPT.

Lelaki ini ajar cara buat duit RM100 sehari dengan platform ChatGPT

5. Lanjut ke portal Google Sites dan cipta satu laman baharu yang mana boleh diakses secara percuma.

Lelaki ini ajar cara buat duit RM100 sehari dengan platform ChatGPT

6. Klik pada menu Textbox dan tampalkan artikel yang disalin daripada ChatGPT sebelum ini.

Lelaki ini ajar cara buat duit RM100 sehari dengan platform ChatGPT

7. Selepas itu, masukkan pautan affiliate berkaitan produk yang boleh didapati daripada Shopee, Lazada, Amazon dan seumpamanya. Dengan ini, anda bakal menerima komisen bagi setiap jualan produk yang berjaya menerusi pautan yang diletakkan pada artikel.

Lelaki ini ajar cara buat duit RM100 sehari dengan platform ChatGPT

8. Akhir sekali, klik Publish dan artikel anda bakal diterbitkan pada laman carian Google. Lakukan pada setiap hari untuk melihat peluang menjana wang yang lebih cerah. Selain platform Google Sites, anda boleh juga gunakan wordpress, medium ,vocal atau seumpamanya yang membolehkan anda membina laman web secara percuma.

Lelaki ini ajar cara buat duit RM100 sehari dengan platform ChatGPT

Walaupun dilihat sangat mudah, anda perlu melakukan secara konsisten untuk menerima pendapatan yang diidamkan. Di samping itu, anda mestilah giat menyebarkan pautan laman yang dibina agar lebih ramai mengaksesnya dengan harapan mereka membeli barangan menerusi pautan affliate yang diletakkan.

@coachwenghonn 😊Jana RM100/Hari dengan ChatGPT tanpa modal.#coachwengfyp #coachweng #coachwenghonn #carabuatduit #buatduitonline #buatduitdarirumah #chatgpt3 #chatgpt #buatduit #affiliatemarketing ♬ Rise – Ampyx

Ini merupakan salah satu cara mudah untuk anda menjana pendapatan sampingan yang mana sedikit sebanyak boleh menampung pembelanjaan seharian. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang berpeluang menjana pendapatan sampingan dengan menggunakan aplikasi percuma ini sahaja.

Baca Lagi:
Kisah benar lelaki diculik 3 wanita, dirogol bergilir-gilir selama 3 hari
Orang ramai tidak perlu lagi bawa lesen memandu secara fizikal – JPJ
Sektor kesihatan Malaysia di ‘zon merah’, doktor wanita luah perkara sebenar yang berlaku
CATEGORIES