Juruteknik maut disengat tebuan ketika baik pulih kerosakan pencawang telekomunikasi

Photo of author

By Joe

Juruteknik maut disengat tebuan ketika baik pulih kerosakan pencawang telekomunikasi. Seorang juruteknik meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan ketika melakukan kerja baik pulih kerosakan di sebuah pencawang komunikasi di Felda Gunung Bongsu, Karangan, Kulim, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, Mohamad Hafizuddin Husim, 30, disahkan meninggal dunia pada jam 12.10 tengah malam ketika menerima rawatan di Hospital Kulim.

Kataya, polis menerima laporan kejadian itu yang dibuat rakan mangsa jam 3.30 pagi Khamis

Juruteknik maut disengat tebuan ketika baik pulih kerosakan pencawang telekomunikasi

“Rakan mangsa memaklumkan, ketika kejadian (petang Rabu), mangsa sedang melakukan kerja baik pulih kerosakan di atas pencawang sebelum tiba-tiba diserang kawanan tebuan.

“Mangsa yang dalam keadaan lemah sempat turut dari pencawang dan terus dibawa ke sebuah klinik kesihatan untuk menerima rawatan.

“Doktor yang merawat mangsa kemudian meminta mangsa dihantar ke Hospital Kulim kerana keadaan mangsa agak tenat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Mohd Redzuan, bedah siasat mendapati mangsa maut disebabkan kejutan anafilaksis yang teruk akibat sengatan tebuan.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa diserahkan kepada keluarga sebelum dikebumikan di Derga, Alor Setar.

Baca Lagi:
Sebelum ini pemenang dapat hadiah kereta, ramai persoal kenapa Bell Ngasri tak dapat hadiah kereta, ini penjelasan penaja ABPBH 35
Macam mana nak buat kalau isteri tak pandai bergaya, duduk rumah pakai kain batik je, isteri orang lain pakai baju lawa-lawa
Bina rumah agam mewah untuk pelajar tahfiz, rupanya ayah mertua MK seorang hartawan ‘humble’ yang ramai tak tahu kisahnya