Kisah peguam 22 tahun turun naik mahkamah kes harga tiket kereta api mahal RM2, akhirnya menang kes

Kisah peguam 22 tahun turun naik mahkamah kes harga tiket kereta api mahal RM2, akhirnya menang kes

Kisah peguam 22 tahun turun naik mahkamah kes harga tiket kereta api mahal RM2, akhirnya menang kes.

Selepas 22 tahun turun naik mahkamah, seorang peguam akhirnya berjaya memenangi kes mengenai tuntutan pembayaran harga tiket kereta api yang dicaj lebih mahal berbanding harga asal dalam kejadian pada 1999 lalu.

Imbas kembali, pada 1999 dahulu, Tungnath Chaturvedi, 66, dikenakan caj tambahan RM1 (10 rupee) untuk dua tiket kereta api bagi perjalanan dari Mathura menuju ke Morabadad ketika berurusan di stesen kereta api Kantonmen Mathura di Uttar Pradesh.

Difahamkan, harga sebenar dua tiket adalah RM4 (70 rupee) dan dia memberikan wang bernilai RM5.50 (100 rupee). Baki sepatutnya yang diterima adalah RM1.50 (30 rupee), namun kerani itu hanya memulangkan RM0.50 (10 rupee) dan RM1 (20 rupee) selebihnya diambil.

Menyedari transaksi bayaran agak mencurigakan, Chaturvedi cuba menjelaskan kepada kerani itu tentang duit baki yang tidak cukup kerana caj lebihan yang dikenakan, namun permintaannya itu hanya sia-sia.

Ekoran itu, dia memutuskan untuk menfailkan sendiri kes terhadap syarikat pengendali kereta api, North East Railway (Gorakhpur) di bawah Kereta Api India serta melaporkan tindakan kerani tersebut di Mahkamah Pengguna Mathura.

Bagaimanapun, syarikat kereta api tersebut menolak kes itu dan mengatakan aduan berkenaan perlu dibawakan ke tribunal kereta api dan bukannya mahkamah pengguna.

Hal ini adalah kerana tribunal kereta api merupakan badan separa kehakiman yang ditubuhkan untuk menangani tuntutan berkaitan perjalanan kereta api di India.

Kisah peguam 22 tahun turun naik mahkamah kes harga tiket kereta api mahal RM2, akhirnya menang kes

Aduan ditolak, perjuangan diri sendiri bermula

Bagaimanapun, Chaturvedi membuktikan bahawa perkara itu boleh dibicarakan di mahkamah pengguna melalui Mahkamah Agung 2021.

Maka bermula dari itulah perbicaraan demi perbicaraan dilangsungkan di mahkamah dan selepas 22 tahun ‘berjuang’ menuntut keadilan, kemenangan kes akhirnya berpihak kepadanya.

Menurut BBC News, hakim memutuskan bahawa North East Railway (Gorakhpur) diarahkan untuk membayar pampasan sebanyak RM837 (15,000 rupee) kepada Chaturvedi.

Dalam masa sama, pihak syarikat kereta api tersebut juga perlu membayar kepada lelaki itu RM1.10 dengan kadar faedah 12 peratus setahun dari 1999 hingga 2022.

Sekiranya syarikat itu gagal membayar pampasan tersebut dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan, kadar faedah berkenaan akan meningkat kepada 15 peratus.

Bagaimanapun, Chaturvedi berkata bahawa pampasan yang perlu dibayar syarikat itu adalah remeh dan ia tidak dapat menggantikan penderitaan mental yang dialaminya.

“Saya telah telah menghadiri lebih 100 perbicaraan berkaitan kes ini, namun anda tidak boleh meletakkan harga pada tenaga dan masa yang dikorbankan oleh saya dalam memerangi kes ini,” kata Chaturvedi.

Kisah peguam 22 tahun turun naik mahkamah kes harga tiket kereta api mahal RM2, akhirnya menang kes

Keluarga pujuk suruh berhenti, jangan buang masa

Sepanjang tempoh turun naik mahkamah, keluarganya pernah cuba menghalangnya beberapa kali daripada meneruskan kes itu dan menyifatkannya sebagai buang masa, namun dia tetap ‘berdegil’.

“Ia bukan soal wang. Ia mengenai perjuangan untuk keadilan dan memerangi rasuah, jadi ia berbaloi,” jelasnya.

Tambahan pula, dia juga tidak perlu membayar wang untuk kes perbicaraan itu kerana dia seorang peguam dan kes itu dikendalikannya sendiri.

Baginya, dia percaya bahawa tidak kiralah sama ada jawatan rasmi apa pun yang dipegang oleh seseorang itu, mereka tetap tidak boleh lari daripada kesalahan.

Tambah lelaki berkenaan, dia percaya bahawa kes itu akan menjadi inspirasi kepada orang lain bahawa jangan pernah berputus asa walaupun perjuangan itu sukar.

Umumnya, mahkamah pengguna di India secara khusus membicarakan kes berkaitan pekhidmatan.

Bagaimanapun, pihak mahkamah terpaksa mengambil masa bertahun-tahun untuk menyelesaikan kes-kes mudah akibat dibebani pelbagai kes lain.

Baca Lagi:

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

Tiga sahabat mati lemas, Din Jack Sparrow berenang 14 jam cari bantuan

Kecoh!! Pengantin lelaki tayang klip video bongkar isteri curang dengan ipar di majlis perkahwinan

CATEGORIES