Tiga sahabat mati lemas, Din Jack Sparrow berenang 14 jam cari bantuan

Tiga sahabat mati lemas, Din Jack Sparrow berenang 14 jam cari bantuan

Tiga sahabat mati lemas, Din Jack Sparrow berenang 14 jam cari bantuan.

Salah seorang mangsa kejadian bot karam di perairan Pulau Redang, Terengganu mendedahkan, dia terpaksa berenang selama 14 jam sambil melawan laut bergelora dan keadaan gelap-gelita semata-mata mahu mendapatkan bantuan.

Mangsa, Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, atau Din Jack Sparrow berkata, sepanjang tempoh itu pelampung bubu dan penutup tong ikan menjadi ‘penyelamat’ sebelum bertemu dengan sebuah kapal milik pelancong asing.

Menurutnya, semasa kejadian bot bubu yang dinaiki bersama lima rakannya itu dipukul ombak besar setinggi lebih dua meter sehingga berputar sebaik sahaja sauh yang dilabuhkan tercabut.

Tiga sahabat mati lemas, Din Jack Sparrow berenang 14 jam cari bantuan

“Saya sempat berpaut pada kedua-dua objek itu, namun rakan-rakan lain berpegang pada badan bot sebelum mereka terus hilang. Kami turun ke laut untuk memancing dan memasang bubu dari jeti perikanan Cherang Ruku di sini, kira-kira pukul 10 malam Ahad lalu.

“Saya masih terbayang keadaan salah seorang rakan, Ahmad Zamri Ishak, 66, yang masih belum ditemukan sempat bergantung pada betis sebelum berusaha berpaut pada badan bot. Itu detik terakhir saya melihat Ahmad Zamri,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Nelayan, Tok Bali, di sini hari ini.

Din Jack Sparrow memberitahu, ini merupakan kejadian pertama yang menimpa dirinya sejak lebih 20 tahun bergelar nelayan.

Katanya, sejak kejadian itu dia tidak dapat tidur kerana sentiasa teringat mengenai tragedi itu dan nasib rakan-rakannya yang lain.

“Perit rasanya untuk kembali ke laut selepas ini, namun saya perlu juga ke sana kerana ia merupakan satu-satunya punca pendapatan.

“Gurauan tekong untuk pergi jauh menjadi kenyataan apabila lima sahabat telah meninggal saya buat selamanya,” ujarnya.

Dalam kejadian itu, empat mangsa ditemukan semalam iaitu Mohd. Nazri Abu Bakar, 48; Zulkifli Umar, 48, dan tekong bot, Saludin Ismail, 50.

Mohd. Nazri dan Saludin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cherang Ruku pada pukul 2 pagi tadi manakala jenazah Zulkifli di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gedombak di sini, kira-kira pukul 2.48 pagi tadi.

Setakat ini, Ahmad Zamri dan Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49, masih hilang.

Baca Lagi:

[Video] Aksi Emma Maembong menari dengan Shah Jaszle, netizen perasan sesuatu yang tak kena

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

Kecoh!! Pengantin lelaki tayang klip video bongkar isteri curang dengan ipar di majlis perkahwinan

CATEGORIES