Ketua polis KL minta “orang bawah” derma RM30.00 untuk kenduri kahwin anaknya?

Ketua polis KL minta "orang bawah" derma RM30,00 untuk kenduri kahwin anaknya?

Ketua polis KL minta “orang bawah” derma RM30.00 untuk kenduri kahwin anaknya?

Berlegar sebuah memo yang didakwa datang dari Ketua Polis Kuala Lumpur yang meminta orang bawahannya untuk menderma sekurang-kurangnya sebanyak RM30.00 sempena perkahwinan anaknya. Surat yang datang daripada KBIPS Putrajaya itu kini sedang hangat diperkatakan oleh netizen dan tular di media sosial.

Dalam memo bertarikh 1 September 2022 tersebut yang tular di Twitter setelah dimuat naik oleh Syed Farris, di bawah tajuk Kutipan Sumbangan Sempena Perkahwinan Anak Dato Ketua Polis Kuala Lumpur, pegawai kanan IPD Putrajaya telah diminta untuk memberi sumbangan sebanyak RM30 dan sumbangan hendaklah dibayar selewat-lewat jam 5 petang pada tarikh yang sama.

Surat itu juga telah ditandatangani oleh Marlina Binta Mahdin, Penolong Penguasa Polis (ASP), Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard dan surat itu telah dihantar kepada Semua Ketua Bahagian.

Ketua polis KL minta "orang bawah" derma RM30,00 untuk kenduri kahwin anaknya?

Sejak tular di media sosial, pelbagai pandangan telah dilontarkan oleh netizen. Sebahagian mereka tidak terkejut wujud budaya seperti ini dalam kalangan pihak polis, manakala sebahagian lagi mempersoal integriti yang dimiliki oleh Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard yang mengeluarkan surat tersebut.

Sebelum ini turut sebuah surat di mana Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh telah meminta agar jentera kerajaan digunakan semasa perkahwinan anaknya. Beliau yang juga ahli politik daripada parti PAS teruk dikecam oleh netizen kerana salah guna kuasa dan mengunakan harta milik kerajaan sewenang-wenangnya.

Baca Lagi:

Bayi perempuan baru lahir cukup sifat ditinggal atas jalan raya

Gempar! [VIDEO] Ular sawa gergasi ditemui di Sulawesi

Madrasah maha zalim, mangsa dedah 20 jenis penderaan dilakukan, no 18 dah melampau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *