Bermula 11 Oktober 2022, rakyat Malaysia tidak perlu lagi Visa untuk melancong ke Jepun

Bermula 11 Oktober 2022, rakyat Malaysia tidak perlu lagi Visa untuk melancong ke Jepun

Bermula 11 Oktober 2022, rakyat Malaysia tidak perlu lagi Visa untuk melancong ke Jepun.

Berita baik buat ‘kaki travel‘, negara Jepun akan menghapuskan semua sekatan perjalanan COVID-19, termasuk keperluan pakej pelancongan untuk pelancong persendirian.

Pada 22 September lalu, portal The Japan Times melaporkan Perdana Menteri Fumio Kishida berkata bahawa ini menandakan peralihan dasar utama selepas hampir dua setengah tahun sekatan COVID-19 yang ketat di negara itu.

Kerajaan Jepun juga akan melancarkan program diskaun pelancongan domestik di seluruh negara, yang terpaksa ditangguhkan oleh kerana penularan jangkitan COVID-19 pada tahun 2020 lalu.

Bermula 11 Oktober 2022, rakyat Malaysia tidak perlu lagi Visa untuk melancong ke Jepun

“Saya harap ramai orang akan menggunakannya dan mahu menyokong industri pelancongan, hiburan dan lain-lain yang telah bergelut semasa wabak koronavirus,” kata Kishida pada sidang akhbar.

Terdahulu, Pejabat JNTO Kuala Lumpur menyatakan bagi pelawat dari negara dalam senarai ‘biru’, termasuk Malaysia, ujian PCR semasa ketibaan dan kuarantin tidak lagi akan diwajibkan mulai 1 Jun.

Untuk makluman, sekiranya anda mahu melancong ke Jepun, anda perlu menerima tiga dos vaksin atau serahkan keputusan ujian COVID-19 negatif sebelum memulakan perjalanan anda.

Setakat ini, Jepun hanya mengiktiraf vaksin-vaksin seperti Pfizer, Moderna, AstraZeneca, Janssen, Bharat Biotech dan Novavax bagi dua dos pertama.

Manakala bagi dos penggalak pula, Jepun hanya mengiktiraf Pfizer, Moderna, AstraZeneca, Janssen dan Novavax.

Baca Lagi:

Gempar! [VIDEO] Ular sawa gergasi ditemui di Sulawesi

Nasib tak menyebelahi, lelaki kantoi pecahkan cermin kereta curi sekotak tepung gandum

Bayi perempuan baru lahir cukup sifat ditinggal atas jalan raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *