Kes Ebit Lew: Telefon saksi dirampas

Kes Ebit Lew: Telefon saksi dirampas.

Kes Ebit Lew: Telefon saksi dirampas. Seorang pegawai polis yang ditugaskan merampas telefon bimbit daripada saksi dalam kes gangguan seksual Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew tidak memeriksa kandungan peranti itu walaupun mengetahui kes itu melibatkan pendakwah tersebut.

ASP Salwani Mohd Hadzir, 40, memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau dimaklumkan kes itu melibatkan pendakwah popular, namun tidak tahu mengetahui ia berkaitan dengan kesalahan gangguan seksual.

“Saya cuma dimaklumkan oleh pegawai penyiasat DSP Noor Ashikin Shamsuri bahawa kes melibatkan Ebit Lew,” katanya menjawab soalan peguam Ram Singh semasa pemeriksaan balas hari ini.

Bagaimanapun, Salwani berkata beliau menaip “Seksyen 509 Kanun Keseksaan” di tiga keping gambar telefon bimbit tu dan kad SIM yang beliau rampas daripada Mohd Fairuz Abu pada 5 Okt, 2021 di rumah lelaki itu di Alor Setar.

Kes Ebit Lew: Telefon saksi dirampas.

Salwani, Pegawai Turus Bahagian Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, bersetuju dengan peguam itu bahawa apabila beliau merampas telefon bimbit itu daripada Mohd Fairuz, beliau tahu ia mempunyai berkaitan dengan kes di Tenom.

Salwani berkata beliau membaca berita mengenai tertuduh melalui media sosial sebelum ke rumah Mohd Fairuz untuk merampas telefon bimbitnya.

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, pegawai polis itu berkata beliau tidak memeriksa kandungan telefon yang dirampas itu kerana setiap barang kes perlu dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia untuk dianalisis.

Mengenai tindakannya menaip seksyen Kanun Keseksaan pada gambar telefon bimbit dan kad SIM, Salwani berkata beliau berbuat demikian sebelum menyerahkan barang rampasan kepada pegawai penyiasat di Bukit Aman.

Ketika ditanya Nor Azizah mengapa Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang ditaip, saksi berkata ia kerana siasatan sedang dijalankan melibatkan seksyen itu.

Pihak pendakwaan turut memanggil pendakwah Firdaus Wong Wai Hung, 39, yang juga pengasas dan presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM).

Saksi ketiga itu memberitahu mahkamah bahawa pengadu dalam kes itu adalah antara mangsa gangguan seksual yang dibantu MRM.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung esok.

Baca Lagi:
KSU KDN, KP Imigresen sibuk main Golf, 10 ribu warga Bangladesh sampai di KLIA tak terurus
Kes culik : Lelaki teruk kena belasah orang kampung depan masjid Kota Bharu
Netizen bongkar! Gelaran Datuk Seri suami Heliza Helmi didakwa palsu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *