Kenapa dengan Zul Yahya?, tular video berjalan kaki seorang diri pukul 4 pagi

Kenapa dengan Zul Yahya?, tular video berjalan kaki seorang diri pukul 4 pagi

Kenapa dengan Zul Yahya?, tular video berjalan kaki seorang diri pukul 4 pagi. Bekas pelakon, Zul Yahya, 50, dikatakan kini berhadapan masalah dan memerlukan bantuan sebagaimana paparan video menunjukkan dia sedang berjalan yang dikongsikan pemilik akaun TikTok, @zackpulaumutiara8.

Dalam keterangan di video itu, pemilik akaun terbabit meminta jika orang ramai terjumpa Zul supaya membantu pelakon drama adiwira, Kaber Hero Kaber Zero dan Pepaya di TV3 itu yang dikatakan memerlukan pertolongan.

“Abang Zul Yahya dalam masalah keluarga. Berjalan dari pukul 4 pagi sampai sekarang, (8.30 pagi). Kalau siapa-siapa jumpa dia tolong bantu dia.

“Sekarang ni masih ada dalam negeri Perak.#masalahkeluarga #fypviral,” tulis @zackpulaumutiara8 yang turut disertakan tanda pagar #masalahkeluarga dan #fypviral.

Kenapa dengan Zul Yahya?, tular video berjalan kaki seorang diri pukul 4 pagi

Bagaimanapun, usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan Zul tidak berhasil apabila kiriman mesej di WhatsApp tidak dibalas. Malah, dicatatkan kali terakhir mesej dilihat pada jam 12.44 tengah malam tadi.

Beberapa panggilan telefon juga tidak dijawab. Namun, Zul kemudian membuat ‘missed call’ tetapi apabila dihubungi semula, ia tidak dijawab selain masuk ke peti simpanan suara.

@zackpulaumutiara8 abg Zul Yahya ada masalah keluarga bejalan kaki dari pukul 4pg sampai skg 8.30pg.kalau ada sapa2 jumpa dia tlg bantu dia.skg ni masih ada dlm negeri Perak #masalahkeluarga #fypシ゚viral ♬ bunyi asal – zackpulaumutiara8

Sebelum ini, pada 2020, Zul menyuarakan pendapatnya di media sosial berkaitan mencari rezeki lebih baik dan keberkatan dalam industri hiburan.

Perkongsian itu dibuat Zul selepas mengambil kira pengalamannya sendiri selama 20 tahun sebagai pelakon.

Sejak beberapa tahun lalu, Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Yahya juga dilihat lantang bersuara dan sering berkongsi pandangannya terhadap pelbagai isu semasa di platform media sosial.

Zul bertemu jodoh dengan wanita pilihan, Siti Raihan Mohd Rodzi pada 2007. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan enam anak yang tiga daripadanya adalah perempuan.

Zul yang berasal dari Sungai Petani, Kedah difahamkan pernah mengusahakan restoran di Seksyen 13, Shah Alam pada 2005.

Baca Lagi:
Motor hilang punca rezeki melayang, Nurul Izzah belanja sebuah motorsikal baru
Mak tak setuju aku kahwin dengan Ayu walau berpuluh kali terlanjur, tiba-tiba mak aturkan aku kahwin dengan kakak ayu
10 tahun isteri sakit, aku cuba nak ringankan beban dia kahwin satu lagi tapi ini yang berlaku
CATEGORIES