Kemelut politik Sabah, ini keputusan bijak PM Anwar laksanakan

Kemelut politik Sabah, ini keputusan bijak PM Anwar laksanakan

Kemelut politik Sabah, ini keputusan bijak PM Anwar laksanakan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memberi restu kepada Datuk Seri Hajiji Noor untuk terus menjadi Ketua Menteri Sabah.

Jelasnya, beliau memberi ruang kepada Hajiji untuk mencari formula terbaik dalam usaha menyelesaikan kemelut pergolakan politik yang berlaku di negeri itu

“Kita mahu keadaan Sabah itu kukuh di bawah pimpinan Yang Berhormat (YB) Ketua Menteri, Hajiji,” katanya.

Pada masa sama, Anwar turut berkata bahawa beliau memberi restu kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Kemelut politik Sabah, ini keputusan bijak PM Anwar laksanakan

“Saya beri restu kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan perjumpaan dengan Hajiji di kediaman rasmi Ketua Menteri (Sri Gaya) malam Isnin.

Dalam pada itu, Anwar berkata pada Selasa, akan ada satu rang undang-undang penting akan dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Esok (Selasa), satu rang undang-undang penting (dibentangkan) untuk kembalikan hak Sabah, yang saya syorkan di Jemaah Menteri. Ini satu perubahan yang besar dan bagi saya ini keutamaan.

“Kemudian kita beri ruang untuk beliau (Ketua Menteri) berbincang dan mencari satu formula yang baik untuk kebaikan negeri Sabah,” katanya.

Sebelum ini, krisis politik di Sabah kembali hangat selepas Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan keputusan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.

Jelas beliau, keputusan hilang kepercayaan itu dicapai selepas mengadakan mesyuarat bersama ahli-ahli parti itu.

Baca Lagi:
Puteri Sarah Liyana: Ini latar belakang wanita terkenal di Malaysia sekarang
Penjawat awam suami orang dicekup di rumah janda anak dua
Selepas 17 tahun drama ‘bawang putih bawang merah’, wajah terkini bawang putih jadi perhatian dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *