Jika kawan liat bayar hutang, ini cara mudah tuntut di mahkamah

Jika kawan liat bayar hutang, ini cara mudah tuntut di mahkamah

Jika kawan liat bayar hutang, ini cara mudah tuntut di mahkamah. Sebenarnya, anda boleh menuntut hutang dari rakan atau saudara anda yang liat untuk membayar balik hutang tersebut dengan kuasa mahkamah.

Satu perkongsian di laman sosial Facebook 1Sabah, seorang pengguna telah menggunakan undang- undang dalam menuntut hutang dari orang yang tidak bayar hutang lebih lebih setahun.

Jelas hantaran tersebut, hutang yang dituntut itu jumlahnya tidak lebih RM5,000, hanya daftar sebanyak RM20 di mana- mana Mahkamah Sivil.

Jika kawan liat bayar hutang, ini cara mudah tuntut di mahkamah

“Alhamdulillah…selesai sesi penghakiman di Mahkamah Sivil Shah Alam. Buat tuntutan hutang daripada kawan yang liat nak membayar dah lebih setahun.
“Akhirnya terpaksa guna kuasa undang-undang untuk paksa dia bayar dalam masa 30 hari.
“Jadi, kepada kawan-kawan lain yang ada orang berhutang dengan anda tapi liat bayar, anda boleh guna cara ini. Tak perlu peguam pun.
“Hanya pergi ke Mahkamah Sivil cakap nak buka fail tuntutan kecil, bayar RM20 dan beritahu tuntutan anda kepada siapa dan fakta pinjaman yang diberi (mesti RM5,000 ke bawah sahaja ya!),” jelasnya.

Katanya, mahkamah akan bagi surat panggilan untuk pendengaran depan hakim. Kalau defenden mengaku salah meminjam tapi tidak bayar, mahkamah akan bagi arahan untuk bayaran segera dalam masa 30 hari.

Kalau masih tidak bayar dalam tempoh itu, jelasnya, plaintif boleh buat tindakan mahkamah semula dan kali ini hukuman lebih berat iaitu defenden kena bayar segera atau harta disita atau waran tangkap dikeluarkan untuk ditahan.

“Ini la pengalaman saya hari ni, kali pertama masuk kamar penghakiman, tengok hakim, dan peguam bekerja.
“Apapun syukur semua sudah selesai. Hanya tunggu duit dipulangkan sahaja. Amin, ” ujarnya lagi.

Baca Lagi:
Duit syiling RM1 lama dijual RM10,000, ini 7 sebab kenapa nilai wang lama dijual mahal sekali
Wanita selamba tayang buah dada semasa live di Instagram
Lombong emas ditemui di Madinah
CATEGORIES