
Jemaah haji minta izin dari pramugari mahu turun dari pesawat, risau ayam ternakan belum makan
Jemaah haji minta izin dari pramugari mahu turun dari pesawat, risau ayam ternakan belum makan. Setiap orang pasti ada yang mempunyai haiwan ternakan sendiri di kampung bukan?
Haiwan-haiwan ini perlu dijaga dengan sebaiknya tambahan lagi, perlu lah diberi makan secukupnya. Kalau di kampung haiwan ternakan seperti ayam dan itik sangat popular.
Jika mahu pergi berjalan jauh, sudah pasti kita akan meminta seseorang untuk menjaganya atau paling kurang memberikan makan.
Situasi itu sama seperti video yang tular di media sosial ini apabila seorang pak cik meminta agar diturun dari pesawat kerana lupa memberi ayam ternakannya makan telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Minta izin dari pramugari untuk turun dari pesawat
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang jemaah haji tular di media sosial selepas dia meminta kebenaran untuk turun daripada pesawat yang berada di ruang udara.
Difahamkan, ia kerana warga emas berkenaan tiba-tiba teringat haiwan peliharaannya di rumah tidak diberikan makan lalu meminta kebenaran pramugari untuk turun daripada pesawat.
Kejadian itu berlaku ketika pesawat yang dinaiki Juhani hendak mendarat di Madinah. Perbualan itu ternyata membuatkan seluruh jemaah tertawa dengannya.
Dalam pada itu, video yang berasal daripada Indonesia tersebut ternyata telah membuatkan ramai terhibur dengan gelagat pak cik berkenaan
Malah, rata-ratanya turut mendoakan kesejahteraan pak cik tersebut agar dipermudahkan segala urusan di tanah suci.
Ada juga yang mengusik memberitahu ayam-ayamnya pasti insyaallah baik-baik saja dan pasti ada makanannya.
Kesian dia, risau betul dengan ayam-ayam ternakan tu 🙂