Jaga bayi luar nikah milik kawan hasil hubungan dengan anggota polis, wanita ini bakal dipenjara

Jaga bayi luar nikah milik kawan hasil hubungan dengan anggota polis, wanita ini bakal dipenjara

Jaga bayi luar nikah milik kawan hasil hubungan dengan anggota polis, wanita ini bakal dipenjara.

Seorang wanita tidak menyangka niatnya untuk memelihara bayi yang merupakan anak luar nikah hasil hubungan terlarang rakannya dengan seorang anggota polis menyebabkan dia bakal dipenjara.

Wanita yang dikenali sebagai Yulis itu menceritakan, dia dimaklumkan mengenai kelahiran bayi tersebut oleh seorang rakannya yang dikenali sebagai RI.

RI memaklumkan bayi itu akan diserahkan kepada pihak lain jika tiada yang datang untuk mengambilnya dan demi naluri keibuannya, Yulis meminta izin suaminya untuk menjaga bayi tersebut.

Selepas mengambil bayi itu, Yulis diberitahu oleh RI bahawa bayi itu merupakan anaknya hasil hubungan terlarang dengan kekasihnya yang bekerja sebagai anggota polis.

Jaga bayi luar nikah milik kawan hasil hubungan dengan anggota polis, wanita ini bakal dipenjara

“Kemudian, saya bertanya kepada RI adakah dia sudah ceritakan hal sebenar kepada ibu bapanya mengenai kelahiran tersebut dan RI hanya maklumkan dia takut dan malu,” katanya kepada Kompas.com.

Jelas Yulis, lapan bulan kemudian, RI hamil sekali lagi hasil hubungan dengan polis tersebut dan Yulis menggesa rakannya itu menceritakan hal sebenar kepada keluarganya.

“Selepas RI beritahu keluarganya mengenai apa yang berlaku, keluarganya terus menuntut anak pertama RI dari saya.

“Saya maklumkan, saya sudah menyediakan dokumen yang sewajarnya untuk menjadikan anak pertama RI sebagai anak angkat, namun perkara itu ditolak keluarga RI.

“Disebabkan tidak berpuas hati, keluarga RI membuat laporan polis dan kini saya menjadi suspek bagi dakwaan membuat dokumen kelahiran yang tidak sewajarnya,” ujar wanita itu.

Dalam pada itu, jurucakap polis Sulawesi Selatan, Komang Suartana berkata, Yulis tidak sepatutnya dijadikan suspek kerana jelas wanita itu menjaga bayi tersebut atas dasar kemanusiaan.

“Ibu bayi itu sendiri bersetuju menyerahkan bayinya kepada Yulis dan dalam kes ini, keluarga si ibu yang membantah.

“Sepatutnya, Yulis tidak perlu dikenakan tindakan undang-undang,” tegasnya.

Baca Lagi:

Teruk kena bantai dengan netizen, satu keluarga berkelah dalam airport (KLIA)

Senarai 31 jam tangan mewah Rosmah Mansor

‘Dulu buang bini’ sekarang muat naik video bekas bini, main kereta je laa kau – Netizen

CATEGORIES