Isteri pertama paksa aku berpoligami, tak sempat jamah isteri kedua malam pertama, tiba-tiba muntah darah serta paku

Photo of author

By Joe

Isteri pertama paksa aku berpoligami, tak sempat jamah isteri kedua malam pertama, tiba-tiba muntah darah serta paku. Sebut sahaja tentang poligami, pasti ramai dalam kalangan wanita terutamanya isteri mula melenting. Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila seorang isteri meminta suaminya berkahwin lain.

Isteri kedua muntah paku

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang lelaki yang dikenali sebagai Fardan menceritakan kisah rumah tangganya bersama isteri. Menurut Fardan, dia dan isteri pertamanya telah bernikah selama 16 tahun dan hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.
Isteri pertama paksa aku berpoligami, tak sempat jamah isteri kedua malam pertama, tiba-tiba muntah darah serta paku
Gambar hiasan

Fardan akui hubungannya dengan isteri berada dalam keadaan baik malah menyifatkan kehidupannya memang cukup bahagia. Tetapi siapa sangka, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba, si isteri yang baru berusia 38 tahun telah memaksanya berkahwin lagi dengan alasan sudah tidak mampu untuk menunaikan nafkah batin.

Akhirnya aku nikahi seorang gadis yang masih muda, berusia 20-an. Aku kenal dengan isteri kedua menerusi sosial media. Alhamdulillah, dia terima pinangan aku.

Lepas majlis, kita bakal malam pertama dekat bilik hotel. Agak mahal bayarannya untuk 1 malam. Anak-anak dengan isteri pertama pun aku sudah siapkan segala keperluan di rumah. Maknanya aku adil la, kan? Baru nak ‘jamah’ isteri kedua, terus dia muntah banyak sekali.

Fardan akui terkejut melihat isteri keduanya tiba-tiba memuntahkan cacair merah berserta paku. Fardan kemudian membawa isterinya ke pusat rawatan dan lebih parah, wanita itu terpaksa menjalani pembedahan.

Aku sebagai suami rasa terkejut, sedih dan dalam masa yang sama marah. Lepas tu, aku pulang ke rumah isteri pertama kerana mengesyaki semua ini adalah berpunca daripadanya. Dia marah dan tidak mengaku. Dia terkilan sangat dan cakap aku dah fitnah dia.

Fardan akui buntu tidak tahu siapakah yang tergamak melakukan perbuatan keji itu terhadap isteri keduanya. Difahamkan, isteri mudanya sedang dalam proses penyembuhan.

Baca Lagi:
Jangan bazir duit beli produk polish cermin kereta, hanya guna ubi kentang yang rosak je selesai masalah, ini caranya
Diminta panggil mak, tapi bermain tolak-tolak pagar pula.. Reaksi abg kurier dengan budak perempuan raih perhatian ramai
Roti Gardenia akan naik harga mulai 1 Oktober 2023, ini senarai harga terbaru yang perlu anda tahu