Ingatkan kucing, pesara tentera terkejut harimau kumbang muncul depan mata

Ingatkan kucing, pesara tentera terkejut harimau kumbang muncul depan mata

Ingatkan kucing, pesara tentera terkejut harimau kumbang muncul depan mata. Seorang pesara tentera tergamam selepas melihat kehadiran seekor harimau kumbang di rumahnya di Kampung Gachong, Inas, di sini kelmarin.

Hamdan Alias, 60, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 petang ketika dia mahu mengambil motosikalnya yang diletakkan di belakang rumah.

Pada ketika itu jelasnya, dia terdengar bunyi pelik seakan bunyi ngauman yang disangkanya bunyi kucing miliknya yang berada di tembok rumah.

Ingatkan kucing, pesara tentera terkejut harimau kumbang muncul depan mata

“Saya terdengar bunyi mengaum, saya sangkakan kucing, saya toleh ke belakang tetapi kucing tidak berbunyi. Pada waktu itu, saya tidak perasan lagi ada harimau kumbang.
“Saya pusing semula untuk mengambil motosikal dan pada waktu saya lihat seekor harimau kumbang sedang memerhatikan saya. Mujur harimau itu berpatah balik dan naik ke tebing bukit setinggi lebih tiga meter,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, semasa solat tarawih, dia memaklumkan kejadian itu kepada penduduk kampung yang kemudian memintanya untuk melihat rakaman video pada kamera litar tertutup yang berada di rumahnya.

“Memang benar, harimau kumbang itu datang dari tebing bukit dan terus ke kandang ternakan yang berada di rumah saya ini. Keesokkan harinya (semalam), saya buat aduan melalui panggilan telefon kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes berkenaan dan semasa tinjauan dilokasi dilakukan tiada kelibat harimau kumbang tersebut.

Bagaimanapun menurut beliau, pihaknya akan terus memantau aduan yang diberikan selain memberikan khidmat nasihat berkaitan.

Baca Lagi:
Gadis curi duit dalam akaun bank kawan, siap keluarkan duit beli iPhone 14 Pro Max akhirnya ditahan
Misteri mayat wanita reput & berulat ditemui dalam bagasi di perhentian bas
Orang ramai mula takut ‘drive’ kereta dekat dengan Tesla selepas tengok rakaman video Tesla berlanggar dengan Proton Saga
CATEGORIES