Selepas Ibu Puteri Balqis bersuara, ayah Puteri Balqis pula muncul tiba-tiba

Selepas Ibu Puteri Balqis bersuara, ayah Puteri Balqis pula muncul tiba-tiba

Selepas Ibu Puteri Balqis bersuara, ayah Puteri Balqis pula muncul tiba-tiba.

Ramai yang terkejut apabila pelakon berbakat, Puteri Balqis menerusi sesi podcast bersama dua pengacara membuat pendedahan mengejutkan mengenai sikap sebenar bapanya kelmarin.

Dalam podcast itu, Aqish mendakwa bapanya seorang yang pemalas, tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa bermain permainan video.

Bukan tu jer, bapanya juga didakwa dengan selamba membuka video lucah dan mengajaknya menonton bersama. Dakwa pelakon ini lagi, dia juga sering diraba dan dicium.

Selepas Ibu Puteri Balqis bersuara, ayah Puteri Balqis pula muncul tiba-tiba

Menurut laporan Harian Metro, bapanya telah membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan yang didedahkan Aqish di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah semalam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim. Aik, lain pula.

Setakat ini, tiada laporan polis (pelakon remaja) diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur.

Pulak dah. Apapun, kita tunggu jelah Aqish buat laporan polis dan biar pihak berkuasa yang menyiasat perkara ini.

Baca Lagi:

Ibu Puteri Balqis bongkar semua kerja jahat bekas suami terhadap anaknya

Chef Wan bangga dengan Hakim, kata-kata Chef Wan buat penyokong Najib Bossku terdiam

Tanpa sebarang punca pendapatan, macam mana Rosmah Mansor nak bayar denda hampir RM1 bilion? – Peguam

CATEGORIES