[VIDEO] Kanak-kanak melintas jalan secara tiba-tiba cedera dirempuh MPV

[VIDEO] Kanak-kanak melintas jalan secara tiba-tiba cedera dirempuh MPV

[VIDEO] Kanak-kanak melintas jalan secara tiba-tiba cedera dirempuh MPV.

Seorang kanak-kanak lelaki patah tulang selangka kanan selepas dirempuh sebuah teksi kenderaan pelbagai guna (MPV) akibat melintas jalan secara tiba-tiba ekoran terlepas daripada pegangan tangan ahli keluarganya di Jalan Wakaf Aik di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Mohammad Naufal Zafran Abdul Fattah,3, turut mengalami luka pada bahagian badan dan kini dirawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati, sebuah teksi MPV jenis Proton Exora dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Besut menghala ke Pengkalan Chepa, Kota Bharu selepas menghantar penumpang di Jeti Kuala Besut, Terengganu.

[VIDEO] Kanak-kanak melintas jalan secara tiba-tiba cedera dirempuh MPV

Menurutnya, dalam masa yang sama, mangsa dipimpin oleh seorang lelaki dan berada di tepi jalan itu telah merentap tangan lelaki tersebut sebelum tiba-tiba melintas jalan.

“Insiden itu menyebabkan pemandu teksi MPV itu mengelak ke kanan jalan, namun tetap merempuh kanak-kanak itu sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Mangsa yang mengalami patah tulang selangka kanan dan luka-luka pada bahagian badan dibawa ke HUSM untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baca Lagi:

Wanita maut lompat dari kereta selepas diugut lakukan seks

Selepas teruk kena kecam model nampak payudara, ini penjelasan Aman Central

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

CATEGORIES