Wanita maut lompat dari kereta selepas diugut lakukan seks

Wanita maut lompat dari kereta selepas diugut lakukan seks

Wanita maut lompat dari kereta selepas diugut lakukan seks.

Seorang wanita berusia 21 tahun maut selepas melompat keluar dari sebuah kenderaan di kota Pagaralam, Sumatera Selatan.

Lapor Kompas.com, Ketua Polis Pagaralam, Arif Harsono berkata, mangsa nekad mengambil tindakan itu selepas diancam dengan senjata tajam akibat menolak pelawaan melakukan seks dengan seorang lelaki berusia 31 tahun.

Wanita maut lompat dari kereta selepas diugut lakukan seks

“Pada mulanya, pelaku mengajak mangsa melakukan seks di dalam kereta. Namun, mangsa menolak dan menggigit tangan suspek sebelum membuka pintu kenderaan tersebut.

“Wanita itu berjaya melompat keluar dari kenderaan dan akhirnya meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah selepas dibawa ke hospital,” katanya.

Menurut Arif, mangsa berkenalan dengan suspek melalui aplikasi Michat.

Katanya, Riki kemudian menawarkan mangsa melakukan seks dengan persetujuan harga sebanyak sejuta rupiah (RM299).

“Selepas suspek mengirimkan wang tersebut ke dalam akaun bank mangsa, wanita itu menolak ajakan melakukan seks hingga membuatkan lelaki itu marah.

“Suspek kemudian mengacukan pisau dan mengugut mangsa,” katanya.

Baca Lagi:

Dasyat zaman sekarang, suami Emma Maembong tak marah ke? Siap peluk-peluk pulak tu – Netizen

Tular video penjual wanita lakukan gangguan seksual terhadap pelancong undang kecaman netizen

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

CATEGORIES