Selepas teruk kena kecam model nampak payudara, ini penjelasan Aman Central

Selepas teruk kena kecam model nampak payudara, ini penjelasan Aman Central

Selepas teruk kena kecam model nampak payudara, ini penjelasan Aman Central.

Penganjur Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) iaitu Aman Central memohon maaf susulan penularan gambar individu berpakaian mencolok mata ketika acara itu berlangsung di pusat beli-belah di sini pada minggu lalu.

Aman Central dalam satu kenyataan di sini hari ini turut memaklumkan bahawa individu terbabit adalah tetamu yang hadir pada acara itu dan bukan model yang memperagakan fesyen pakaian.

“Pihak kami kesal dengan perkongsian foto daripada salah seorang tetamu yang hadir ke KFW22 yang mana gambar itu tidak mencerminkan kod etika pemakaian yang ditetapkan pihak penganjur.

“Kami kesal atas segala kesulitan yang berlaku dan akan memastikan etika pemakaian yang ditetapkan di mana-mana majlis di pusat beli-belah Aman Central di sini akan dipantau dengan lebih ketat selepas ini,” katanya.

Selepas teruk kena kecam model nampak payudara, ini penjelasan Aman Central

Kenyataan yang dikeluarkan Aman Central berhubung isu tersebut.

Semalam, tular di media sosial gambar seorang individu berpakaian mencolok mata pada KFW22 yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah di sini pada minggu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd. Hayati Othman kemudian menegaskan bahawa tindakan akan dikenakan ke atas pihak berkenaan jika mereka didapati melanggar peraturan yang ditetapkan.

Baca Lagi:

TERKINI : Kerajaan putuskan jemaah menteri bakal guna kereta elektrik mulai tahun depan

Lelaki mabuk rempuh 7 kenderaan, sempat larikan sebuah kereta Axia

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

CATEGORIES