Ketua menteri jatuh sakit kritikal selepas minum air ‘sungai suci’

Ketua menteri jatuh sakit kritikal selepas minum air ‘sungai suci’

Ketua menteri jatuh sakit kritikal selepas minum air ‘sungai suci’.

Seorang ketua menteri di India dikejarkan ke hospital selepas jatuh sakit akibat meminum air sungai yang kotor bagi membuktikan kepada penduduk tempatan ia adalah selamat.

Lapor Daily Mail, Ketua Menteri Punjab, Bhagwant Mann diterbangkan ke hospital di New Delhi selepas minum air tercemar dari Sungai Kali Bein.

Rakaman video menunjukkan Mann sedang mencedok segelas air sungai yang dianggap suci itu dan meneguknya, menjadi tular dalam media sosial.

Mann mula mengalami sakit perut beberapa hari selepas minum air sungai itu.

Ahli politik itu dibawa ke Hospital Apollo Indraprastha di Sarita Vihar.

Menurut pakar perubatan, Mann mengalami jangkitan kuman dan kini sedang menerima pelbagai rawatan berkaitan.

Berdasarkan laporan New Indian Express, Mann dibenarkan keluar dari hospital sebaik sahaja menjalani pelbagai ujian saringan dan diletakkan di bawah pemerhatian pasukan pakar perubatan.

Baca Lagi:

Kerajaan tidak cadang potong elaun menteri untuk langkah penjimatan

Menteri Pertahanan umum mahu wujudkan kebun sayur disetiap kem askar

Terkini : Bekas pembantu khas Menteri dipenjara dua tahun mulai hari ini

CATEGORIES