Isteri pegawai tentera gantung kain rentang dedah kecurangan suami

Isteri pegawai tentera gantung kain rentang dedah kecurangan suami

Isteri pegawai tentera gantung kain rentang dedah kecurangan suami.

Seorang pegawai tentera berpangkat kapten yang baru pulang dari tugasan luar negara ‘disambut’ dengan sehelai kain rentang tergantung di hadapan rumahnya, menuduh dia bermain kayu tiga, lapor akhbar Metro UK semalam.

Gambar dikongsikan di media sosial menunjukkan kain rentang tersebut digantung di tepi rumah tersebut dan dihiasi dengan belon serta kata-kata ‘pengakuan’.

Isterinya yang dikatakan melakukan tindakan itu mendakwa bahawa pegawai Kor Perubatan Tentera Diraja Britain itu curang kepadanya dengan seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertugas di Somalia.

Isteri pegawai tentera gantung kain rentang dedah kecurangan suami

“Helo, nama saya Kapten (nama). Saya bertugas di Somalia dan menjalinkan hubungan sulit bersama (nama) yang bertugas bersama PBB.

“Saya menghalau isteri saya keluar dari rumah dan membiarkannya dalam keadaan tidak mempunyai tempat perlindungan, tidak bekerja dan tidak mempunyai wang,” demikian menurut kata-kata pada kain rentang tersebut.

Kain rentang yang turut memaparkan gambar lelaki berkenaan memakai uniform sambil memegang seekor anjing turut mengetengahkan kod kepimpinan mengenai integriti dalam menjalankan tugas sebagai seorang pegawai tentera.

“Saya tidak mempunyai moral, disiplin, perasaan hormat kepada orang lain, integriti, kesetiaan dan komitmen untuk tidak mementingkan diri,” tambah kenyataan tersebut.

Rumah itu dipercayai terletak di kuarters kelamin di Essex, England. Pasangan berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan identiti mereka.

Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Britain berkata, pihaknya sedia maklum mengenai hantaran media sosial tersebut dan sedang menyiasat perkara itu.

Baca Lagi:

Pengawal keselamatan ditahan, menyamar jadi pegawai tentera kerana nak pikat janda dalam kem

Tentera TLDM dipukul dalam masjid kerana tidak pandang wajah ketika salam

Tragedi Aidiladha: 2 anggota Tentera Darat gugur ketika laksana operasi

CATEGORIES