Tragedi Aidiladha: 2 anggota Tentera Darat gugur ketika laksana operasi

Tragedi Aidiladha: 2 anggota Tentera Darat gugur ketika laksana operasi

Tragedi Aidiladha: 2 anggota Tentera Darat gugur ketika laksana operasi.

Dua anggota tentera maut dihempap pokok tumbang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Belum di sini semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 1 pagi itu, Sarjan Mohd. Kamal Ramli, 41, dan Koperal Muhammad Zaki Johari, 31, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, laporan berkaitan kejadian itu diterima pada pukul 11.50 pagi membabitkan dua anggota tentera dari Batalion Kedua, Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Ara, Pulau Pinang.

Tragedi Aidiladha: 2 anggota Tentera Darat gugur ketika laksana operasi

Katanya, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang menyertai operasi di kawasan Hutan Belum.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dikeluarkan dari kawasan operasi itu dengan menggunakan helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk dibawa ke Batalion Kedua sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi tujuan bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Baca lagi:

Rakaman tentera laut terjumpa kapal karam yang berisi penuh dengan emas, hasilnya amat mengejutkan

Pengawal keselamatan ditahan, menyamar jadi pegawai tentera kerana nak pikat janda dalam kem

Pesara tentera tinggal dalam kereta Volvo selama 20 tahun akhirnya dapat perhatian PM

CATEGORIES