Gagal melarikan diri dari sekatan polis, penunggang motosikal pura-pura pengsan elak kena saman

Gagal melarikan diri dari sekatan polis, penunggang motosikal pura-pura pengsan elak kena saman

Gagal melarikan diri dari sekatan polis, penunggang motosikal pura-pura pengsan elak kena saman.

Setiap kali kita ternampak sekatan jalan, pasti kita berasa sedikit bimbang. Lebih-lebih lagi jika kita tahu ada kesalahan melibatkan undang-undang jalan raya yang dibuat.

Baru-baru ini seorang penunggang motosikal di Indonesia telah membuat orang ramai berasa geli hati apabila dia berpura-pura pengsan selepas gagal cubaan melarikan diri daripada sekatan jalan raya sehingga nyaris melanggar kenderaan.

Polis segera menghampiri lelaki yang terjatuh itu dan segera mengherdiknya menyatakan penunggang motosikal itu hanya berpura-pura pengsan.

Menurut juruberita yang melaporkan insiden yang berlaku di Jakarta itu, lelaki terbabit yang bernama Rahmat mengakui dia panik apabila melihat ada sekatan jalan raya di hadapannya.

Jadi dia berpura-pura pengsan supaya terlepas daripada ditahan atas kesalahan yang dibuat apabila tidak membawa ‘lesen’ untuk menunggang motosikal pada ketika itu.

Insiden itu pasti terpahat dalam memori Rahmat buat selama-lamanya. Nak larikan diri tak lepas, sebaliknya dapat sakit, malu dan surat saman yang perlu dijelaskan kepada pihak berkuasa.

Baca Lagi:

Sikap biadap penunggang motor marah pemandu kereta lambat sentuh kad TnG undang kecaman

Tular video motorsikal bergerak sendiri tanpa penunggang buat netizen meremang bulu roma

Ibubapa penunggang basikal lajak juga tidak terlepas dari tindakan

CATEGORIES