Atlet MMA maut selepas kena ‘tumbukan maut’ di kepala

Atlet MMA maut selepas kena ‘tumbukan maut’ di kepala

Atlet MMA maut selepas kena ‘tumbukan maut’ di kepala.

Seorang petarung MMA dilapor maut selepas ditumbuk di bahagian kepala semasa perlawanan kejuaraan kickboxing diadakan.

Menurut portal news.com.au, pihak berkuasa India telah melancarkan siasatan ke atas pihak penganjur pertandingan itu selepas petarung kickboxer iaitu Nikhil Suresh, 23, dilaporkan meninggal dunia pada hari Rabu lalu.

Rakaman berkenaan kejadian itu memaparkan mangsa terus rebah ke tanah sebaik ditumbuk lawannya pada bahagian muka pada Ahad lalu.

Atlet MMA maut selepas kena 'tumbukan maut' di kepala

Pengadil kemudiannya menamatkan perlawanan tersebut sejurus selepas mangsa rebah dan tidak memberikan respon.

Penonton yang panik bergegas membantu Nikhil sebelum dia dikejarkan ke hospital, dan disahkan meninggal dunia empat hari kemudian akibat kecederaan yang dialaminya.

Nikhil, mula menceburkan diri dalam sukan kickboxing dua tahun lalu dan telah mengambil bahagian dalam kejohanan kickboxing K-1 peringkat negeri anjuran K-1 Kickboxing Association of Karnataka di India.

Ayahnya yang sangat kecewa dengan kejadian tersebut telah membuat laporan kepada pihak polis atas kematian anaknya. Dia telah menuduh pihak penganjur kejohanan berkenaan cuai.

Polis yang melawat tempat kejadian itu bertempat di Rapid Fitness Gym, Jnanabharati pada hari Jumaat lalu telah mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian terbabit.

Atlet MMA maut selepas kena 'tumbukan maut' di kepala

Sumber polis memberitahu, “siasatan ini akan memainkan peranan penting dalam membuktikan atau menyangkal tuduhan kecuaian yang melibatkan pihak penganjur, seperti yang didakwa oleh bapa Nikhil,” katanya.

Pihak polis turut memberitahu setakat ini pihak penganjur acara iaitu Naveen Ravishankar masih menghilang.

Dalam pada itu, jurulatih Nikhil yang sedih atas pemergian anak didiknya menyifatkan petarung itu sebagai seseorang yang mempunyai “jiwa yang bagus” dalam satu penghormatan akhir penuh emosi.

Jurulatih itu turut berkata “dengan kesedihan yang mendalam, saya memikul beban untuk menyampaikan berita buruk yang kita semua takuti.

“Anak didikan saya Nikhil memutuskan untuk menggantung sarung tangannya hari ini. Dia telah meninggalkan kami selepas pertempuran sengit pada awal pagi hari ini walaupun telah mendapatkan bantuan perubatan yang terbaik,” katanya lagi.

Petarung itu sebelumnya dilaporkan sering disebut-sebut sebagai petarung yang mempunyai potensi besar dalam sukan MMA di India.

Pada baru-baru ini, dia telah menyertai Kejohanan MMA Terbuka ke-6 di Karnataka selepas beraksi dalam Kejohanan MMA India ke-5 di Madhya Pradesh.

https://youtu.be/XU6L058uOZw

Baca Lagi:

Tragedi lumba haram, abang maut adik kembar cedera parah

Wanita maut dilanggar SUV secara live di Facebook, video mula tular

Pemuda maut pertama kali nikmati singgang daging

CATEGORIES