Bekas pemain bola kebangsaan Harimau Malaysa ditahan kantoi miliki dadah

Bekas pemain bola kebangsaan Harimau Malaysa ditahan kantoi miliki dadah

Bekas pemain bola kebangsaan Harimau Malaysa ditahan kantoi miliki dadah.

Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu di Johor Bahru, semalam.

BH Online melaporkan, suspek, 36, dikatakan pernah menyertai beberapa pasukan dalam saingan Liga Super, selain menyarung jersi Harimau Muda dan Harimau Malaya.

Berdasarkan maklumat, bekas pemain itu dikatakan ditahan di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

BH Online masih berusaha mendapatkan pengesahan polis mengenai tangkapan itu.

Sementara itu, beberapa portal berita memaklumkan bekas pemain kelahiran Melaka itu pernah menjulang enam piala Liga Super bersama dua pasukan berbeza antara 2009 hingga 2017, selain merangkul kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Baca Lagi:

Buah zakar bekas bintang bola sepak Jerman ini terpaksa dibuang akibat salah terjun

Pemain bola sepak tanah air disyaki rogol gadis 18 tahun ditangkap

Pendapatan lebih 1 Juta setahun, remaja ini hanya jual but vintaj kepada bintang bolasepak

CATEGORIES