Asyik tonton nyanyian dangdut di majlis perkahwinan, tetamu wanita jatuh dalam longkang

Asyik tonton nyanyian dangdut di majlis perkahwinan, tetamu wanita jatuh dalam longkang

Asyik tonton nyanyian dangdut di majlis perkahwinan, tetamu wanita jatuh dalam longkang. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan beberapa tetamu wanita di sebuah majlis perkahwinan terjatuh ke dalam longkang besar selepas lantai kayu tempat mereka duduk runtuh, lapor laman berita Suara.com.

Video berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48.

Insiden berlaku ketika wanita-wanita itu asyik menonton persembahan nyanyian dangdut di atas pentas kayu.

Khemah yang menutupi pentas itu didirikan di atas longkang besar yang ditutup dengan lantai kayu.

Wanita-wanita itu menjerit setelah terjatuh sehingga menyebabkan tetamu lain yang hadir mengerumuni kawasan tersebut.

Beberapa wanita dilihat berada di dalam air dan pakaian mereka basah kuyup. Tetamu lain cuba menghulurkan tangan untuk mengeluarkan mereka.

Majlis perkahwinan itu bagaimanapun berjalan seperti biasa setelah kekecohan berlaku. Kejadian dikatakan berlaku di Cibereng, Jawa Barat.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Automatik gatal kena air sisa dapur, air mandi, air kencing dan sampah yang melekat pada baju,” kata seorang netizen.

“Sebelum ni majlis di atas kubur, sekarang di atas longkang. Esok di atas atap pula?” komen netizen lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andre Li (@andreli_48)

Baca Lagi:

Tular video pengantin berseluar pendek di majlis perkahwinan mendapat kecaman netizen

[VIDEO] Majlis perkahwinan yang unik, pengantin sanggup bakar diri sendiri

“Wedding Gift Paling Mahal” – Sahabat baik bagi kambing sebagai hadiah perkahwinan

CATEGORIES