“Jangan sampai aku cabut tiang ‘traffic’ tu letak kat MPKS” – ADUN Jeram

“Jangan sampai aku cabut tiang ‘traffic’ tu letak kat MPKS” – ADUN Jeram

“Jangan sampai aku cabut tiang ‘traffic’ tu letak kat MPKS” – ADUN Jeram.

ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli ‘naik angin’ terhadap kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) kerana didakwa tidak mengambil tindakan terhadap aduan membabitkan isu lampu isyarat yang menyebabkan kesesakan trafik di kawasan Puncak Alam, Selangor.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Mohd Shaid, berkata kelewatan MPKS mengambil tindakan menyebabkan aliran trafik di kawasan itu sering sesak terutama ketika waktu orang pulang dari kerja.

“Pegawai MPKS yang bertangungjawab isu lampu isyarat. Tolong buat kerja kalau ada aduan. Aku tau dah ada aduan beberapa kali. Tapi korang tidur.

“Takkan nak kena maki berjemaah baru nak buat kerja. Buat la kerja kalau dah ada aduan.

“Korang (MPKS) tahu tak petang-petang bila orang balik kerja, sangkut kat ‘traffic’ ni lebih dari 30 minit. (Jln dari fasa 1 ke Masjid BPA),” katanya dalam hantaran berkenaan.

‘Jangan sampai aku cabut tiang ‘traffic’ tu letak dekat MPKS’ – ADUN Jeram

Justeru, Mohd Shaid mengingatkan MPKS supaya mengambil tindakan segera selewat-lewatnya petang ini, sebelum beliau mengambil tindakan sendiri ‘mencabut’ lampu isyarat berkenaan.

“Susahkan korang nak buat kerja. Berat ye bontot untuk bangun? Korang ni tak bersyukur ada kerja. Ramai lagi di luar ni tak ada kerja.

“Harap petang ini ‘settle’. Jangan sampai aku cabut tiang ‘traffic’ tu letak kat MPKS,” katanya.

Hantaran berkenaan mendapat komen pelbagai dari netizen dengan rata-rata bersetuju dengan pandangan Mohd Shaid kerana mendakwa sejak sekian lama tiada tindakan daripada MPKS berhubung isu lampu isyarat berkenaan.

“Sakit jiwa tau lalu ‘trafik light’ ni. Anak saya boleh demam sebab kepanasan dalam kete dek kerana ‘trafik light’ sengal ni.

“Itu belum dikira bas yang ‘parking’ tepi Petronas. Nak masuk laluan kiri ke Sinar Alam jadi sukar.

“Cabutkan tiang lampu isyarat tu YB. Letak depan meja dia orang,” kata netizen dalam hantaran berkenaan.

Baca Lagi:

‘Masuk Islam hari Isnin, hari Jumaat petang meninggal’ Ustaz Ravi dedah abangnya dipukul teruk bila masuk Islam

‘Menantu pu4ka’ sanggup nak terjun dari tingkat 31 sebab gelabah lepas kantoi tik4m isteri dan mak mertua

‘Mat Saleh’ bengang diperdaya ‘Kancil’ ketika mencari parking kenderaan di pusat membeli-belah.

CATEGORIES