Tular video tembak menembak di Tak Bai, letupan boom gegarkan penduduk di Pengkalan Kubor

Tular video tembak menembak di Tak Bai, letupan boom gegarkan penduduk di Pengkalan Kubor

Tular video tembak menembak di Tak Bai, letupan boom gegarkan penduduk di Pengkalan Kubor.

Pekan Tak Bai dalam Wilayah Narathiwat digegarkan dengan beberapa siri letupan bom selain kedengaran kejadian berbalas tembakan pada malam Rabu.

Kejadian kira-kira jam 10 malam tadi itu turut didengari dari arah Pengkalan Kubor, Tumpat yang terletak seberang dengan Pekan Tak Bai.

Beberapa video yang dirakam oleh orang awam tular di Facebook menunjukkan api marak selain beberapa lelaki melepaskan tembakan.

Setakat ini tiada maklumat lanjut diterima berhubung kejadian tersebut.

Sementara itu, sumber pasukan keselamatan Thailand mengesahkan kejadian tembakan dan bom di Pekan Tak Bai.

“Operasi pasukan keselamatan masih berjalan buat masa ini (11 malam waktu Malaysia),” ujarnya semasa dihubungi.

Baca Lagi:

Pelajar tingkatan dua tikam ibu sedang tidur di Kelantan

Tular foto Najib bersama perempuan didakwa isteri keduanya, Najib dan Rosmah buat laporan polis

Anda boleh kena saman jika menternak ayam dirumah sendiri

CATEGORIES
TAGS