Gaji jururawat di Singapura setanding gaji doktor pakar di Malaysia

Gaji jururawat di Singapura setanding gaji doktor pakar di Malaysia

Gaji jururawat di Singapura setanding gaji doktor pakar di Malaysia.

Johor berdepan dengan masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat di negeri ini setelah ramai yang berhijrah dan bekerja dalam sektor perkhidmatan kesihatan di Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, kerajaan Negeri akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi membincangkan isu tersebut.

Beliau berkata, kekurangan tenaga kerja itu bukan hanya melibatkan para jururawat malah kekurangan doktor melibatkan beberapa hospital di negeri ini disebabkan menerima tawaran yang lebih baik.

Gaji jururawat di Singapura setanding gaji doktor pakar di Malaysia

Katanya, ketika ini, nisbah seorang jururawat adalah untuk 297 pesakit berbanding nisbah yang sepatutnya iaitu seorang jururawat untuk 200 pesakit.

“Kita juga menjangkakan lebih ramai akan pergi bekerja di Singapura kerana nilai ringgit yang semakin susut ketika ini. Walaupun begitu saya percaya ramai jurutawat yang masih mahu berkhidmat di negara ini,”katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa di sini hari ini.

Difahamkan antara sebab jururawat kita berkerja di Singapura kerana menerima gaji menerima seperti gaji seorang doktor pakar di Malaysia apabila sudah ditukar matawang.

Tian Soon berkata, setakat ini terdapat 12,533 jururawat di negeri ini melibatkan 8,777 jururawat yang berkhidmat di hospital kerajaan, 19 berstatus jururawat kontrak dan 3,737 adalah jururawat di hospital swasta.

Baca Lagi:

[VIDEO] Murid tahun empat maut digilis treler, tangisan ibu undang rasa sebak

Duit entah datang dari mana masuk ke akaun CIMB, individu terpaksa bayar semula RM28 ribu

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

CATEGORIES
TAGS