Kerana tidak mahir bahasa Inggeris, pakar jantung digantung tugas

Kerana tidak mahir bahasa Inggeris, pakar jantung digantung tugas

Kerana tidak mahir bahasa Inggeris, pakar jantung digantung tugas. Seorang pakar jantung pernah digantung tugas sebanyak dua kali disebabkan kelemahan dirinya menguasai bahasa Inggeris.

Lapor Daily Mail, disebabkan itu dia diberikan peluang buat kali kelapan bagi menduduki ujian bahasa Inggeris oleh tribunal perubatan.

Dr. Tomasz Fryzlewicz, 63, berpindah ke United Kingdom (UK) sejak 2006 dari rumahnya di Krakow, Poland.

Dia sekarang berkhidmat dengan pelbagai hospital di bawah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan berperanan dalam perkhidmatan bukan klinikal dengan menganalisis data ekokardiogram bagi ujian klinikal.

Pakar kardiologi yang berkelayakan dalam bidang perubatan sejak 35 tahun lalu itu dilaporkan ke Majlis Perubatan Am selepas berulang kali gagal dalam peperiksaan bahasa Inggeris di bawah Sistem Ujian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS) yang menilai aspek pertuturan, pendengaran, penulisan dan pembacaan.

Sejak itu, dia perlu bertemu panel perubatan setiap tahun selepas gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Fryzlewicz juga berusaha menonton rancangan TV BBC dan mendengar Radio 4 bagi memperbaiki kelemahannya.

Sebelum ini, dia dibenarkan bekerja di hospital dengan pengawasan kerana dilabelkan berisiko kepada pesakit.

Semasa tribunal ketiga 2017, dia digantung tugas selama enam bulan selepas gagal meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris kepada standard yang diperlukan.

Dia diterima bekerja semula di bawah seliaan pada 2018, namun digantung sekali lagi pada 2020 selama 12 bulan.

Khamis lalu, dia dibenarkan berkhidmat dalam bidang perubatan dengan syarat berjaya lulus peperiksaan dalam tempoh 18 bulan akan datang.

Perkhidmatan Tribunal Pengamal Perubatan sebelum ini dinasihatkan supaya menggantung Frylewicz seumur hidup.

Sebelum ini, doktor itu mendakwa dia menjadi mangsa ‘diskriminasi’ kerana kewarganegaraannya.

Baca lagi: 

Pelik tapi benar, seorang wanita bercinta dengan pesawat mainan

Pekerja yang hebat, mampu cuci 50 pinggan dalam masa 10 saat

Allahuakbar, macam orang gila jaga anak 12 orang hanya jual kuih 10 sen

CATEGORIES
TAGS