Sukarelawan Ukraine terbunuh ditembak “dari jarak dekat” ketika hantar makanan ke tempat perlindungan anjing

Sukarelawan Ukraine terbunuh ditembak “dari jarak dekat” ketika hantar makanan ke tempat perlindungan anjing

Sukarelawan Ukraine terbunuh ditembak “dari jarak dekat” ketika hantar makanan ke tempat perlindungan anjing. Seorang sukarelawan wanita warga Ukraine maut akibat terkena tembakan ketika dia dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan ke tempat perlindungan anjing berhampiran Kyiv.

Anastasiia Yalanskaya, 26, adalah salah seorang daripada tiga sukarelawan yang sanggup menggadaikan nyawa untuk pergi ke tempat perlindungan haiwan berkenaan di Bucha, 18 batu dari ibu negara Ukraine.

FNFECBFXoAACWbg

Lokasi tersebut juga berdekatan dengan bandar Irpin, di mana orang awam dipindahkan untuk menyelamatkan diri daripada menjadi sasaran tentera Vladimir Putin.

Kereta Anastasiia sengaja disasarkan dengan ‘senjata berat’ oleh tentera Rusia pada Khamis, dakwa keluarganya.

Hantaran terakhir Anastasiia di Instagram pada 3 Mac lalu menunjukkan dirinya sedang duduk di belakang kenderaan dengan kampit makanan anjing.

Kereta Anastasiia ditemui penuh dengan lubang kesan ditembusi peluru, tidak jauh dari rumahnya.

Sukarelawan Ukraine terbunuh ditembak "dari jarak dekat" ketika hantar makanan ke tempat perlindungan anjing

“Dia antara insan terbaik yang saya kenali. Dia komited untuk membantu rakan dan saudara mara atau sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

“Dia sangat menyayangi haiwan. Kami mempunyai seekor anjing dan kucing. Dia adalah pasangan terbaik yang pernah saya miliki,” kata suaminya, Yevhen Yalanskyi.

Baca lagi: 

Macam tak percaya, jumpa batu permata bernilai RM13.8 juta, lelaki ini tunaikan janji buat semua penduduk setempatnya….

Saintis kelahiran Malaysia maut dalam kemalangan ketika berbasikal di Oxford

Seorang lelaki sanggup berendam dalam ais lebih tiga jam untuk pecahkan rekod dunia

 

CATEGORIES