Lelaki ini dicari ambil duit pakcik, baik pulangkan muka dah viral ni bang

*Lelaki ini dicari ambil duit pakcik, baik pulangkan muka dah viral ni bang

Lelaki ini dicari ambil duit pakcik, baik pulangkan muka dah viral ni bang. Kepenatan membawa kecuaian. Itulah kapsyen yang ditulis oleh pemilik akaun Facebook bernama Anita Suhaimi yang juga merupakan seorang guru.

Guru cari lelaki ambil duit di mesin ATM

Hantaran tersebut dimuat naik olehnya bagi meminta bantuan orang ramai menjejaki lelaki berbaju biru yang didakwa telah mengambil sejumlah wang dari mesin ATM.

Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat itu, menyaksikan seorang lelaki lewat usia baru sahaja selesai menggunakan mesin ATM untuk membuat pengeluaran tunai.

Namun, sejurusnya mengambil kad, lelaki bersongkok hitam berkenaan terus meninggalkan mesin tersebut tanpa mengambil wangnya.

Wang peruntukan makanan calon SPM

Hasil rakaman CCTV di lokasi itu, kelihatan seorang lelaki berbaju biru mengambil wang tersebut dan memasukkan ke dalam poket seluarnya pula sambil memandang sekeliling.

 

Oleh yang demikian, Anita berharap agar individu terbabit segera kembalikan wang itu semula kerana ia merupakan peruntukan makanan untuk calon-calon SPM di SMK Puchong Perdana.

Baca lagi: 

Guru pondok dibunuh, gara-gara rampas telefon pelajar umur 15 tahun

Semakin berani, warga asing tepuk punggung ibu tunggal

Jangan bagi 2 benda ini kepada anak lelaki selagi belum umur 17 tahun !

Leave a Reply

Your email address will not be published.