[VIDEO] Detik-detik Lapangan Terbang Ukraine dibom helikopter dipercayai Mi-8 Rusia

[VIDEO] Detik-detik Lapangan Terbang Ukraine dibom helikopter dipercayai Mi-8 Rusia. Lapangan Terbang Kyiv Hostomel yang merupakan tapak dimana syarikat penerbangan Antonov beroperasi dilapor diserang hari ini.

Menerusi satu rakaman video di Youtube menunjukkan serangan daripada helikopter yang dipercayai Mi-8 dari Rusia itu telah menyebabkan sebuah pesawat tentera Ukraine, Antonov An-225 terhempas.

Berdasarkan laporan lepas, pesawat tentera Ukraine Antonov An-26 telah terhempas berhampiran ibu kota, Kyiv dengan membawa 14 penumpang. Ia menyebabkan sekurang-kurangnya lima maut dalam kejadian tersebut.

Menurut laporan, banyak penerbangan terpaksa berpatah balik akibat serangan yang berlaku demi menjaga keselamatan awam.

Pusat Perkhidmatan Kawalan Udara Ukraine berkata ruang udara di negara itu terpaksa ditutup untuk penerbangan awam mulai Khamis dan banyak perkhidmatan penerbangan tergendala.

Bagaimanapun, Rusia turut menutup ruang udaranya untuk penerbangan awam demi menjaga keselamatan serta notis telah dimaklumkan kepada juruterbang.

Dalam kejadian tersebut, penduduk sekitar turut berkongsi detik cemas apabila siren serbuan ruang udara dinyalakan di seluruh kawasan di Kyiv.

Baca lagi: 

Kami telah ditinggalkan bersendirian untuk mempertahankan negara kami, semua orang takut – Presiden Ukraine

Senarai 14 negara akan hancur jika perang dunia berlaku antara Rusia dan Ukraine

Kerajaan lambat bertindak selamatkan rakyat Malaysia di Ukraine

Ribuan rakyat Ukraine selamatkan diri, tinggalkan bandar Kyiv

Leave a Reply

Your email address will not be published.