Kami telah ditinggalkan bersendirian untuk mempertahankan negara kami, semua orang takut –  Presiden Ukraine

Kami telah ditinggalkan bersendirian untuk mempertahankan negara kami, semua orang takut – Presiden Ukraine

Kami telah ditinggalkan bersendirian untuk mempertahankan negara kami, semua orang takut – Presiden Ukraine.

Presiden Ukraine pada Jumaat berkata, negaranya ‘dibiarkan bersendirian’ untuk melawan Rusia selepas Kremlin melancarkan pencerobohan besar-besaran menyasarkan Kiev.

Menurut Volodymyr Zelensky, lebih 130 orang termasuk orang awam dan tentera terkorban sepanjang tempoh 24 jam pencerobohan Rusia.

“Kami telah ditinggalkan bersendirian untuk mempertahankan negara kami. Siapa yang sedia berjuang bersama kami? Saya tidak nampak sesiapa. “Siapa yang bersedia memberi jaminan keanggotaan NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara)?

70243C81 AED0 465F BC79 106577604E5D

“Semua orang takut,” kata Zelensky.

Pada masa sama, Zelensky – pelawak yang diangkat menjadi Presiden pada 2019 – mendedahkan bahawa kumpulan pensabotaj Rusia telah berada di ibu negara Kiev dan menggesa warga kota itu untuk terus berwaspada serta mematuhi perintah berkurung.

Tambah Zelensky, ketika ini beliau dan keluarganya kekal di Ukraine biarpun sedar dirinya adalah sasaran nombor satu Rusia.

“Mereka mahu musnahkan Ukraine secara politik dengan menjatuhkan ketua negara,” kata Zelensky.

Baca lagi: 

Senarai 14 negara akan hancur jika perang dunia berlaku antara Rusia dan Ukraine

11 rakyat Malaysia dibawa keluar dari Ukraine

Kerajaan lambat bertindak selamatkan rakyat Malaysia di Ukraine

Ribuan rakyat Ukraine selamatkan diri, tinggalkan bandar Kyiv

CATEGORIES
TAGS