Jatuh Perigi – Misi menyelamatkan RAYYAN sedang dijalankan

Jatuh Perigi – Misi menyelamatkan RAYYAN sedang dijalankan . Doakan agar Rayan dapat diselamatkan segera.

Pasukan Penyelamat di Maghribi ketika ini sedang berusaha menyelamatkan seorang budak lelaki berumur 5 tahun bernama Rayan yang terperangkap selama 3 hari setelah terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter.

Kisah ini pada kala ini (5 Feb 2022) telah menjadi tajuk dan peristiwa besar di Maghribi (Morocco). Malah liputan mengenainya telah tersebar luas ke seluruh Afrika Utara dan Eropah. Ianya adalah mengenai seorang budak yang baru berusia lima tahun yang bernama Rayan.

Jatuh Perigi - Misi menyelamatkan RAYYAN sedang dijalankan

Pada 1 Feb 2022 yang lepas, Rayan mengikuti bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan rumahnya. Pada ketika bapanya sedang sibuk, Rayan berkemungkinan bermain-main di sekitar perigi tersebut. Setelah beberapa ketika bapanya mula sedar, anaknya Rayan hilang.

Setelah puas mencari, baru tersedar yang anaknya telah terjatuh ke dalam perigi kering itu.

Bapa Rayan kemudiannya meminta penduduk kampung datang membantu tetapi terdapat masalah. Jika kita lihat pada draf di bawah, kedalaman tempat Rayan terjatuh melebihi 30 meter.

Jatuh Perigi - Misi menyelamatkan RAYYAN sedang dijalankan

Dah pulak tu, lubang perigi hanya berukur lilit 25 sentimeter lebar sahaja.

Tidak cukup dengan itu, semakin dalam, lubangnya semakin sempit.

Segala input ini telah dicerap oleh pasukan bantuan dari pelbagai agensi yang datang kemudiannya untuk membantu mengeluarkan Rayan.Walaubagaimanapun, pihak penyelamat telah mengesahkan bahawa Rayan masih hidup di bawah sana.

Corong oksigen, lampu, air minuman dan makanan serta kamera telah dihulurkan ke bawah. Mereka kini dapat mengawasi keadaan Rayan, tengok Rayan kat dalam lubang tu sorang-sorang, sebak saya.

Jatuh Perigi - Misi menyelamatkan RAYYAN sedang dijalankan

Pihak penyelamat telah mencuba pelbagai teori, salah satunya ialah untuk menghantar seseorang untuk membawa Rayan naik ke atas menggunakan tali.

Tetapi disebabkan lubang perigi yang semakin mengecil ke bawah, ianya adalah sesuatu yang mustahil.

Dan kini mereka menggunakan method seperti yang dapat kita lihat seperti di dalam gambar.

Jatuh Perigi - Misi menyelamatkan RAYYAN sedang dijalankan

Mereka menggali keseluruhan tanah untuk sampai ke tempat di mana Rayan berada. Bermakna, mereka menggali bertan-tan tanah sedalam 30 meter lebih daripada sisi.

Satu yang merisaukan mereka, semakin dekat dengan Rayan, semakin tinggi risiko tanah runtuh.

Kalau mengikut keadaan mereka semasa artikel ini ditulis, hanya beberapa meter sahaja lagi penggalian dari sisi akan sampai ke tempat di mana Rayan berada.

Diharap, Rayan akan dapat diselamatkan.

Helikopter telah tersedia menanti di lokasi ini untuk membawa Rayan ke hospital jika segalanya berjalan lancar.

Sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan kanak-kanak kecil ini.

Air dan oksigen berjaya disalurkan menerusi paip.

Penggalian perigi masih diteruskan pasukan penyelamat.

Kita doakan moga pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan Rayan.

#SaveRayan sedang viral di Maghribi ketika ini

Baca lagi:  “Dah berkurun aku berdoa, tapi Allah tak makbulkan pun doa aku.”

Ular sebagai teman, seorang gadis cantik usia 14 tahun pelihara 6 ekor ular sawa

Saya makan tisu cicah kuah roti canai orang, isteri saya pun tak tahu – Datuk Ac Mizal

Leave a Reply

Your email address will not be published.