Wanita cantik mengandung tujuh minggu maut akibat terbelit rambut sendiri

05022022 41 2 rambut sangkut 1

Wanita cantik mengandung tujuh minggu maut akibat terbelit rambut sendiri. Seorang wanita yang mengandung tujuh minggu maut akibat terbelit rambut sendiri selepas rambutnya tersangkut di sebuah mesin di kilang Svarmet di Borisov, Belarus.

Lapor Daily Mail, kulit kepala Umida Nazarova, 21, turut tercabut selepas mangsa dibawa mengelilingi kilang tersebut ketika menghadiri temuduga kerja di kilang yang mengeluarkan produk berkaitan wayar kimpalan dan elektrod.

Semasa lawatan itu, rambutnya tiba-tiba terperangkap dalam mesin dan melilit lehernya sebelum mangsa terperangkap dan berlumuran darah.

Wanita cantik mengandung tujuh minggu maut akibat terbelit rambut sendiri

Ibu mangsa, Olga berkata, bahagian leher anaknya turut mengalami kecederaan akibat lilitan rambut tersebut.

“Dia mengalami kecederaan parah susulan kejadian itu. Saya sedih kerana kilang tersebut melanggar peraturan keselamatan sehingga meragut nyawa anak saya.

“Mereka nampak Umida mempunyai rambut panjang, kenapa tidak diberikan sebarang penutup untuk melindungi kepalanya?” soalnya.

Insiden itu menyaksikan mahkamah menjatuhkan hukuman kepada ketua kilang pengeluaran tersebut kerana gagal menunaikan tanggungjawab keselamatan selain tidak bersikap jujur dan cuai sehingga menyebabkan kematian seseorang.

Baca lagi:  Ular sebagai teman, seorang gadis cantik usia 14 tahun pelihara 6 ekor ular sawa

Tidur dalam buaian tergantung setinggi 21 meter

Wanita terkejut rakan tidak basuh bra setahun

Leave a Reply

Your email address will not be published.