Saya makan tisu cicah kuah roti canai orang, isteri saya pun tak tahu – Datuk Ac Mizal

Saya makan tisu cicah kuah roti canai orang, isteri saya pun tak tahu – Datuk Ac Mizal. Lama tidak mendengar perkembangan dan gossip terbaru dari pengacara terkenal, Datuk Ac Mizal. Baru-baru ini beliau ada berkongsikan kisah kesusahannya satu ketika dahulu, ketika dia dan isteri, Datin Emylia Rosnaida sedang menantikan kehadiran anak pertama mereka.

AC berkata ketika itu merupakan zaman sukarnya di dalam kerjaya seni dan banyak cerita mengenainya diperkatakan. Katanya lagi, duit di dalam bank hanya ada RM250 sahaja.

“Kelahiran anak pertama kami, Muhammad Reeve Damien. Waktu ini kami tengah susah. Malah ketika isteri saya mengandungkan Reeve tujuh bulan pertama, duit dalam akaun ada RM250 sahaja.

“Waktu ini boleh dikatakan saat saya jatuh, dimana banyak cerita mengenai saya macam-macam,” katanya.

Kongsinya lagi, isterinya terpaksa melahirkan anak sulungnya secara pembedahan kerana mengalami sakit bersaIin lebih 12 jam sedangkan duit hanya cukup untuk bersalin secara normal sahaja.

Saya makan tisu cicah kuah roti canai orang, isteri saya pun tak tahu - Datuk Ac Mizal

“Ketika itu waktu 12 tengah malam. Pada waktu itu, isteri saya sakit mengandung lebih 12 jam. Bulan itu, Allah bagi rezeki pada saya dapat tawaran empat drama sekaligus.

“Tetapi pada waktu isteri nak melahirkan, duit hanya cukup untuk bersalin secara normal sahaja. Akan tetapi oleh kerana 12 jam sakit, mahu tak mahu lakukan prosedur pembedahan. Bayaran berlakon pun banyak tak dapat lagi.

“Tak mengapalah, saya minta isteri untuk lakukan pembedahan, duit saya cari. Alhamdulillah saya ada seorang rakan di Ipoh berikan saya pinjam duit,” katanya.

AC turut berkongsikan ada ketika dia pernah makan tisu bersama kuah roti canai orang namun perkara itu tidak diketahui oleh isterinya.

Saya makan tisu cicah kuah roti canai orang, isteri saya pun tak tahu - Datuk Ac Mizal

“Ketika isteri mengandung, saya pernah cerita saya makan tisu bersama kuah roti canai orang. Isteri tak tahu, bila waktu pagi rakan ajak pergi sarapan saya cakap tak apa, saya dah makan.

“Ini kisah benar. Kalau orang nak cerita pasal kesusahan dengan saya tak payahlah. Saya sudah lalui macam-macam,” katanya.

Dalam pada tu, AC mengakui kehadiran anak-anaknya banyak membuka pintu rezeki buat mereka sekeluarga.

“Lahirnya anak lelaki saya, rezeki mulai terbuka dan kehadiran anak perempuan saya, Fya Erissa memang dia lebih bukakan rezeki. Memang rezeki anak, kami hanya menumpang,” katanya.

Baca Juga : Tak cakap banyak, suami tikam isteri tengah bogel atas katil bersama lelaki lain

Amalkan 6 perkara ini untuk menjemput rezeki

Ini cara sebenarnya sembur minyak wangi untuk bau kekal lama

Leave a Reply

Your email address will not be published.