Ilmu yang ramai tak tahu, lepas 7 hari bayi lahir, cukur semua rambut dan timbang guna penimbang emas

Ilmu yang ramai tak tahu, lepas 7 hari bayi lahir, cukur semua rambut dan timbang guna penimbang emas

Ilmu yang ramai tak tahu, lepas 7 hari bayi lahir, cukur semua rambut dan timbang guna penimbang emas. Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ke-7.

Cukur sampai botak. Tak kira babygirl or babyboy. Jangan cukur sipi-sipi je.
Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.

Ilmu yang ramai tak tahu, lepas 7 hari bayi lahir, cukur semua rambut dan timbang guna penimbang emas

Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.

Kalau dah terlepas hari ke-7..? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak 😂

Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan 👍

Contoh rambut baby ni berat 0.99g

Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.

Ini contoh ye.

0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.

Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur;

1) Ambil 1 bekas berisi air
2) Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3) Guna pisau cukur gillette je or mane² yang ada. Pastikan yg baru.
4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je 😂. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpaw.
7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas 😉

Ini je la pengalaman sendiri. Atas nasihat UAI.
Sumber : Halimatulssaadiah Wan Jusoh

Baca Lagi:
Pasangan lelaki dan perempuan dihukum penjara selepas kantoi berbogel dalam surau plaza tol
Wanita kena halau rumah sewa, bila minta bantuan orang ramai, tak sangka ada yang minta ‘gambar bogel’ sebagai syarat
Ini rupanya pelaris aiskrim mesin yang ramai orang beli, bila tahu isi dalam buat ramai kembang tekak
CATEGORIES