Ikan melompat dari air, tersangkut pada kerongkong pemancing

8b9249e8 6e79 498a bdc4 8eced4b6ab11 e1654338035650

Ikan melompat dari air, tersangkut pada kerongkong pemancing.

Doktor di sebuah hospital Thailand kebingungan ketika mengendalikan kes seorang lelaki tertelan ikan pada kerongkongnya.

Memetik portal New York Post, ikan itu melompat dari air sebelum tersangkut pada kerongkong pesakit itu ketika lelaki itu memancing di wilayah Phatthalung pada 22 Mei lalu.

Keadaan menjadi lebih serius selepas ikan air tawar bersaiz 12.7 sentimeter yang tersangkut pada kerongkongnya itu menyebabkan dia sukar bernafas.

Sukarelawan yang menyedari keadaan lelaki, membawanya ke hospital.

Pemeriksaan sinar X menunjukkan seekor ikan air tawar berduri yang dikenali sebagai Anabas tersangkut di antara tekak dan rongga hidung lelaki itu.

Ikan melompat dari air, tersangkut pada kerongkong pemancing

Nasib menyebelahi lelaki itu apabila terselamat selepas pasukan perubatan berjaya mengeluarkan ikan berlumuran darah itu menerusi pembedahan yang dijalankan selama sejam.

Pegawai perubatan hospital yang merawat lelaki itu, Sermsri Pathompanichrat menyifatkan kes itu jarang berlaku.

“Saya tak pernah tengok kes macam ini sebelum ini.

“Doktor kami bekerja keras untuk mengurangkan kerosakan pada organ pesakit.

“Akhirnya mereka berjaya menyelamatkan lelaki itu dan dia kini semakin pulih,” katanya kepada Viral Press.

Baca Lagi:

Treler rempuh kereta, dua anak maut depan mata bapa

Sakit perut bongkar abang rogol adik sehingga mengandung

Ibu sempat ajar kalimah syahadah setelah melihat jasad anak tertiarap di tepi jalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *