Tak mampu beli ubat kutu, ibu bapa rela anak ‘simpan’ kutu rambut

Tak mampu beli ubat kutu, ibu bapa rela anak ‘simpan’ kutu rambut

Tak mampu beli ubat kutu, ibu bapa rela anak ‘simpan’ kutu rambut.

Sebilangan kanak-kanak di Ireland terpaksa hidup dengan kutu di kepala kerana ibu bapa mereka tidak mampu membayar rawatan disebabkan krisis kos sara hidup yang berterusan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Pengurus dasar kebangsaan dari badan amal Barnados di Ireland, Stephen Moffatt berkata, 17 peratus ibu bapa di negara itu didapati mengurangkan kos untuk janji temu perubatan.

“Dalam kes di mana ibu bapa yang mempunyai anak dengan kutu di kepala, mereka benar-benar tidak mempunyai €10 (RM47) hingga €15 (RM70) untuk membeli ubat kutu.

“Perkara itu jelas memberi kesan kepada kanak-kanak secara sosial,” katanya kepada akhbar Mirror Ireland.

Tak mampu beli ubat kutu, ibu bapa rela anak ‘simpan’ kutu rambut

Laporan Barnados mengenai kesan krisis kos sara hidup terhadap kanak-kanak itu telah diterbitkan semalam.

Seramai 329 ibu bapa dan penjaya yang ditinjau, lebih satu perempat daripada mereka terpaksa mengurangkan penggunaan alat pemanas.

Separuh daripada mereka terpaksa mengurangkan aktiviti dan hiburan untuk anak-anak, 23 peratus untuk bekalan elektrik dan 16 peratus untuk makanan.

“70 peratus ibu bapa berkata bahawa kos sara hidup telah menjejaskan anak-anak mereka secara negatif sejak enam bulan lalu.

“Hampir dua pertiga daripada mereka sentiasa bimbang untuk menyediakan keperluan harian anak-anak mereka seperti makanan, pemanas dan elektrik,” tambah Ketua Pegawai Eksekutif Barnados Ireland, Suzanne Connolly.

Baca Lagi:

Pelajar 17 tahun kaut untung RM26 juta tipu wang kerajaan

Telekung RM16,000, pengasas Bawal Exclusive ‘disekolahkan’ netizen

[VIDEO] Roti canai terbang ke muka pelanggan, tauke kedai bayar pampasan

CATEGORIES