Hukum buat swab test ketika sedang berpuasa, ini jawapan mufti

SWAB

Hukum buat swab test ketika sedang berpuasa, ini jawapan mufti.

Apabila tiba bulan Ramadan, antara persoalan sering bermain di fikiran ialah mengenai ujian swab. Ramai dalam kalangan kita masih tertanya-tanya dan tidak tahu jawapan sebenar mengenai hukum melakukan ujian swab ketika sedang berpuasa.

Ujian saringan Covid-19 melalui pengambilan swab tidak membatalkan puasa sekiranya alat digunakan tidak masuk terlalu jauh ke dalam rongga hidung atau kerongkong seperti penerangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

HUKUM BUAT SWAB TEST KETIKA SEDANG BERPUASA, INI JAWAPAN MUFTI

ramadan

Soalan:

Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu persoalan. Apakah hukum swab test Covid-19 ketika sedang berpuasa? Adakah ianya membatalkan puasa atau tidak? Mohon pencerahan dari pihak ustaz.

Jawapan:

Swab test atau ujian saringan Covid-19 yang menggunakan kaedah Nasopharyngeal swab (melalui hidung) dan Oropharyngeal swab (melalui hidung) yang dijalankan ketika sedang berpuasa adalah tidak membatalkan puasa. Ini kerana calitan yang dijalankan melalui kedua-dua proses tersebut tidak sampai ke kawasan rongga dalam.

Ujian saringan, pengesanan dan pengesahan Covid-19 terbahagi kepada dua jenis. Pertama adalah Reverse Transcritase Polymerase Chain Reaction (Rt-PCR). Manakala yang kedua pula disebut sebagai Antigen Rapid Test (RTK Ag). Kedua-kedua ujian ini dijalankan menggunakan calitan melalui tekak ( Oropharyngeal swab) dan melalui hidung (Nasopharyngeal swab) Kedua-dua ujian ini dijalankan untuk mengesan jangkitan virus Covid-19.

swabb

Kaedah Nasopharyngeal swab ialah alat swab akan dimasukkan ke dalam rongga hidung individu sehingga ke kawasan nasopharynx (rongga hidung paling atas) dengan kedalaman 18. lebih kurang 4.8 cm bagi kanak-kanak dan 8-12 cm bagi orang dewasa untuk mengambil sampel mukus. Manakala kaedah Oropharyngeal swab pula ialah alat swab dimasukkan ke dalam mulut hingga ke kawasan oropharynx iaitu di belakang anak tekak bagi mengambil sampel mucus.

PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN PUASA TERBATAL

Screenshot 2022 03 31 at 7.02.25 PM

Antara perkara yang boleh menyebabkan puasa terbatal adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga melalui saluran yang terbuka seperti hidung, telinga, mulut, dubur dan kemaluan. Ibn Al-Naqib Al-Misri menyatakan :

وصولُ عينٍ وإنْ قلَّتْ منْ منفدٍ مفتوحٍ إلى جوفٍ

“(Antara yang membatalkan puasa itu adalah) Sampai sesuatu benda ke dalam rongga melalui saluran yang terbuka walaupun sedikit.”

Sheikh Zakariya Al-Ansari menyebut :

(فَرْعٌ يُفْطِرُ) الصَّائِمُ أَيْضًا (بِوُصُولِ عَيْنٍ) وَإِنْ قَلَّتْ كَسِمْسِمَةٍ وَلَمْ تُؤْكَلْ عَادَةً كَحَصَاةٍ (مِنْ الظَّاهِرِ فِي مَنْفَذٍ) بِفَتْحِ الْفَاءِ (مَفْتُوحٍ عَنْ قَصْدٍ) لِوُصُولِهَا (مَعَ ذِكْرِ الصَّوْمِ إلَى مَا يُسَمَّى جَوْفًا)

“Orang yang berpuasa terbatal puasanya dengan sampainya sesuatu benda walaupun sedikit seperti bijan dan walaupun yang masuk itu kebiasaannya benda yang tidak dimakan seperti batu kecil. Yang mana ianya masuk melalui saluran yang terbuka dengan sengaja. Ini kerana ianya sampai kepada apa yang dinamakan sebagai rongga yang terbuka.”

Justeru, swab test atau ujian saringan COVID-19 yang menggunakan kaedah Nasopharyngeal swab (melalui hidung) dan Oropharyngeal swab (melalui mulut) yang dijalankan ketika sedang berpuasa adalah tidak membatalkan puasa. Ini kerana calitan yang dijalankan melalui kedua-dua proses tersebut tidak sampai ke kawasan rongga dalam.

Sumber

Baca Lagi:

Pasangan Chef hotel ditangkap khalwat malam pertama bulan Ramadhan

Ini fakta daun ganja yang ramai tidak tahu..Patutlah Freemason haramkan ganja, rupanya….

[VIDEO] Lelaki nyaris ditarik ikan gergasi ke dalam sungai ketika memancing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *